UDANG MASAM MANIS

Assalamualaikum, 

Apa khabar pembaca blog fizalgk dan rakan-rakan sekalian. Wah….lama betul tak update blog ye, bukannya apa…dah lama laptop buat hal sehinggakan dan upload gambar utk edit pun tak dapat. Hari ni saya kongsikan resipi biasa lauk sehari-hari sahaja iaitu udang masam manis. Ada sedikit masa senggang saya update dr PC dipejabat…hihihi bukan curi tulang tau, jangan salah faham pula.

Eh, jomlah tengok resipi dibawah ni dan selamat mencuba.

UdangBMasamBmanis - UDANG MASAM MANIS
UDANG MASAM MANIS 
Bahan-bahan
10 ekor udang saiz besar@sederhana – dibersihkan
1 biji bawan holland – dipotong baji 
2 biji tomato – potong lapan 
½ batang timun – dipotong baji 
2 biji cili merah – dimayang 
3 tangkai cili padi – ketuk sedikit 
¼ cawan nenas – dipotong kecil

1 sudu besar kicap cair 
2 sudu besar sos tiram 
3 sudu besar sos tomato 
1 sud besar gula pasir
1 sudu teh lada sulah 
¼ cawan air

Bahan Tumis 
2 ulas bawang putih 
3 sudu besar minyak masak

Cara memasak :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga berbau harum.

2. Masukkan udang sambil dikacau, bawang holland, cili merah, timun, tomato dan air.

3. Kacau sehingga sebati selama lebih kurang 2 minit dan masukkan pula nenas serta kicap cair, sos tiram dan sos tomato.

4. Perasakan dgn lada sulah dan gula pasir dan pastikan masakan ini mempunyai rasa masam dan manis. Jika kurang masin blhlah tambah sedikit garam.

5. Kacau lagi dan blhlah matikan api dapur serta hidangkan dgn nasi putih.
Loading...

Tags: #Manis #MASAM #UDANG

author
Author: 
    Percutian London dan Eropah 2019 Hari: 4
    Selamat bertemu lagi di sambungan catatan perjalanan percutian UK & Eropah kami pd
    Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Blh Mkn Masa Moreh.
    Masyarakat Arab memang suka mkn yg manis-manis. Di samping susu, yogurt mereka suka
    12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak
    Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yg masak tanpa minyak ni. Ha…Jika
    Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.
    Sedapnya mkn cokodok pisang panas-panas. Bg yg teringin sangat nak mkn, ni ada

    Leave a reply "UDANG MASAM MANIS"