Udang Masak Lemak Cili Api

Loading...

udg 1 - Udang Masak Lemak Cili Api

Masak Lemak Cili Api adalah satu hidangan yg popular di Negeri Sembilan. Masakkannya cukup mudah dan ringkas. Sebenarnya selain menggunakan daging salai, kita blh juga nak masak ayam, ikan, ketam atau udang.

Semalam ni ita sediakan udang masak lemak cili api utk hidangan berbuka puasa semalam. Kalau nak buat sahur pun sesuai juga ni. Rasanya sangat sedap , lemak-lemak dan pedas-pedas, berselera sungguh anak-anak dan suami menikmati juadah berbuka puasa. Lawankan dgn sambal belacan dan ikan goreng dah buatkan bertambah-tambah nasi di pinggan

udgB2 - Udang Masak Lemak Cili Api

UDANG MASAK LEMAK CILI API

Bahan Kisar

15 ulas cili padi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc kunyit hidup

2 batang serai ~ dititik
1/2 kg udang ~ di bersihkan
2 biji santan
2 keping Asam keping
garam secukup rasa
4 pokok Akar ketumbar ~ bersihkan
2 biji tomato ~ potong 4

Campurkan santan, cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit, serai  dan batang ketumbar dlm periuk , Hidupkan api dan masak sambil di kacau supaya tak pecah minyak
Setelah didih masukkan asam keping, udang, tomato dan biar udang masak
Perasakan dgn garam secukup rasa
Angkat dan hidangkan setelah udang masak

Loading...

Tags: #Cili #Lemak #Masak #UDANG

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Udang Masak Lemak Cili Api"