Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan – NC UKM

Loading...

ncBukm - Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sistem pendidikan di negara ini perlu berubah dan dinamik agar tidak terus terperangkap dgn orientasi peperiksaan.

Malah, sistem yg sama menyebabkan pusat-pusat tuisyen berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg membuktikan masyarakat tidak meyakini dgn keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, berikutan terlalu taksub dgn peperiksaan dan mengejar bilangan gred A, wujud kalangan ibu bapa yg memulakan kelas tambahan dan tuisyen anak-anak sejak di thn satu sekolah rendah.

Katanya, hal ini menimbulkan isu perkembangan seseorang kanak-kanak yg tidak sihat dan tidak menggembirakan.

“Ini yg dikatakan by passing concept. Ia sama seperti persatuan penduduk yg membuat sistem kawalan keselamatan di kawasan kediaman tersendiri dgn mengupah pengawal warga asing kerana masih tidak meyakini dgn kawalan keselamatan sedia ada. Ini amat merunsingkan.

“Apa yg terbaik pd 1970-an tidak semestinya baik pd hari ini. Di samping yg dpt byk A dlm peperiksaan, ramai yg dpt keputusan tidak baik. Ada yg sanggup bunuh diri kerana tidak mencapai keputusan peperiksaan yg disasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dlm sidang akhbar terakhirnya sbg Naib Canselor UKM di Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.

Sumber – UTUSAN ONLINE

loading…

Loading...

Tags: #Pendidikan #Peperiksaan #Segera #sistem #taksub #Ubah

author
Author: 
    Download Family and Friends Alphabet Book
    Click the cover page to download Family and Friends Alphabet Book
    Misteri Kematian Artis Cantik Desy Nurhakiki, Overdosis Suntik Putih atau Serangan Jantung?
    slidegossip.com – Belum lama ini publik dikejutkan dgn berita kematian artis cantik Desy
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal

    Leave a reply "Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan – NC UKM"