Tun Omar Ong Yoke Lin

TunOmarOngYokeLin 1 - Tun Omar Ong Yoke Lin
Tun Omar Ong Yoke Lin

1917 – 2010

Tokoh yg berasal dr Kuala Lumpur ini dilahirkan pd tanggal 23 Julai 1917. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Pudu Girl English School dan selepas itu meneruskan persekolahan di Victoria Institution. Beliau merupakan seorang pelajar yg aktif dan berani sewaktu di bangku sekolah. Tugasnya sbg pengawas sekolah banyak mendisplinkan dirinya sehinggakan beliau berjaya menjadi pejuang bangsa yg disegani.

Beliau mengambil peperiksaan Matrikulasi London di Singapura pd thn 1935 dan lulus kelima-lima subjek yg didudukinya. Pd thn 1936 beliau menyertai syarikat penjualan penghawa dingin sbg menjalani latihan sbg akauntan berkanun di Firma Gibson, Anderson & Butler. Beliau bercita-cita melanjutkan pelajaran dlm jurusan Undang-Undang tetapi malangnya tidak kesampaian akibat Perang Dunia Kedua. Selepas perang tamat, Tun Omar menubuhkan sebuah syarikat jualan dan servis penghawa dingin yg dikenali sbg  Ong Yoke Lin & Company pd thn 1948 yg masih bertahan sehingga kini.

Melihat perkembangan politik yg berlaku pd era 1940-an dgn orang Melayu semakin kukuh di bawah naungan UMNO yg dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar, Tun Omar merasakan bahawa sudah sampai masanya kaum Cina mempunyai sebuah parti politik yg blh dijadikan landasan utk memperjuangkan masa depan mereka dgn lebih berkesan. Beliau bersama-sama Leong Yew Koh, H.S Lee, Tun Omar telah menubuhkan MCA pd 27 Februari 1949.

Tun Omar juga merupakan tokoh yg bertanggungjawab mempengaruhi keputusan utk membentuk Parti Perikatan dlm Pilihan Raya Kuala Lumpur pd thn 1952. Kerjasama tersebut menjadi kenyataan selepas Tun Omar mengatur perbincangan antara Dato’ Yahya Abdul Razak (rakan sekelas semasa di Victoria Institution) iaitu Ketua UMNO Bahagian Kuala Lumpur dan H.S Lee , Ketua MCA Negeri Selangor.

Selepas kemenangan besar Parti Perikatan dlm pilihan raya tersebut, Tun Omar telah dilantik sbg Naib Persedin MCA dan menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor dlm Pilihan Raya Umum pertama thn 1955. Berikutan itu, Tunku Abdul Rahman telah melantik beliau sbg Menteri Pos & Telekom. Tun Omar tidak turut serta dlm Delegasi rundingan kemerdekaan negara ke London yg pertama tetapi turut serta dlm rombongan kedua pd April 1957 utk memuktamadkan Perlembagaan Tanah Melayu yg baru sahaja selesai dirangka.

images 2 - Tun Omar Ong Yoke Lin

Selepas kemerdekaan negara, Tun Omar dilantik sbg Menteri Buruh & Kebajikan Sosial sehingga thn 1959, dan beliau dilantik pula sbg Menteri Kesihatan. Semasa Penubuhan Malaysia pd 1963, Tun Omar menjadi Duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika negara memerlukan kecekapan diplomasi utk menyelesaikan pelbagai isu serantau yg mengancam keselamatan termasuk Konfrontasi dgn Indonesia. Selepas penubuhan Malaysia, Tun Omar berkhidmat pula sbg Menteri Tidak Berportfolio sehingga thn 1973. Selepas itu, beliau dilantik sbg Ketuan Dewan Negara-tugas yg beliau pikul sehingga bersara pd thn 1980.

Tun Omar Ong Yoke Lin akan terus diingati sbg pejuang yg sangat lemah lembut dlm tutur kata beliau dna seorang yg bijaksana. Beliau menghembuskan nafas yg terakhir pd 1 Julai 2010 pd usia 92 thn.


Loading...

Tags: #Omar #Yoke

author
Author: 
    Jangan Ditiru! Artis Cantik Berhijab Ini Ingin Gugurkan Kandungan Karena Tak Siap Punya Anak!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik berhijab ini memang tak layak utk
    Tegaskan Tak Pernah Rebut Reino Dari Luna Maya, Syahrini: Saya Tidak Merasa Mkn Teman!
    slidegossip.com – Meski kini sudah resmi menikah dgn Reino Barack, namun sehingga saat
    Pria Ini Ceraikan Istri dan Menikah dgn Putri Kandungnya Sendiri! Nasibnya Kini Berujung Tragis!
    slidegossip.com – Kisah mengejutkan ini benar-benar tak patut utk ditiru dan semoga bisa
    Setelah Dipukuli, Gadis Ini Dibakar Hidup-Hidup Oleh Ayahnya Karena Ingin Keluar dr Islam dan Masuk Kristen!
    slidegossip.com – Memilih agama utk diyakini adalah hak setiap manusia. Namun yg dilakukan

    Leave a reply "Tun Omar Ong Yoke Lin"