Tun Fatimah Hashim

TunFatimahHashim 1 - Tun Fatimah Hashim
Tun Fatimah Hashim


1924 – 2010

Tun Fatimah Binti Hashim merupakan Menteri Kabinet Wanita Pertama dlm Jemaah Menteri Tunku Abdul Rahman yg memegang portfolio Menteri Kebajikan dr thn 1969 – 1973. Beliau memegang kepimpinan Kaum Ibu UMNO(kini dikenali sbg Wanita UMNO) selama 16 thn(1956 – 1972). Beliau dicatatkan menyertai UMNO pd thn 1947 ketika berusia awal 20-an sbg ahli UMNO yg ke-315. Beliau dilantik sbg Ketua Kaum Ibu yg keempat menggantikan Khatijah Sidek.
Suami beliau Tan Sri Abdul Kadir Yusuf bekas Ketua Peguam Negara yg kemudiannya juga dilantik sbg Menteri Undang-Undang, menjadikan mereka sbg satu-satunya pasangan Menteri Kabinet dlm sejarah politik negara. Beliau mendapat galakan dan sokongan penuh drpada suaminya dlm kerjaya yg dicuburinya.
Dilahirkan pd 25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar, Johor, Tun Fatimah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma dan kemudian berpindah ke Sekolah Melayu Perempuan, Mersing dan menyandang jawatan sbg guru pd usia 16 thn. Beliau mula mengorak langkah dlm dunia politik dgn manjadi ahli jawatankuasa Pergerakan Kaum Ibu UMNO Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru pd thn 1948 dan pd masa yg sama menjadi Penolong Setiausaha Pergerakan Kaum Ibu Johor Bahru. Selepas itu, beliau mengikut suami beliau berpindah ke Kota Tinggi dan dilantiik sbg Naib Pergerusi Kaum Ibu Kota Tinggi. Walaupun memperjuangkan politik, namum profesion perguruan tetap tebal dlm jiwa beliau apabila Tun Fatimah masih berkesempatan membuka kelas dewasa utk membasmi masalah buta huruf di kalangan penduduk luar bandar di Kota Tinggi. Selepas itu, beliau dilantik pula sbg Setiausaha Kaum Ibu UMNO Johor pd thn 1951 dan 1953.

Kegiatan politik beliau terhenti buat sementara waktu apabila mengikut suaminya melanjutkan pelajaran ke England pd thn 1954 dan sekembalinya ke Tanah Melayu pd 1955 suami beliau telah ditugaskan di Ipoh Perak. Pergerakan UMNO pusat telah meminta jasa baik beliau menubuhkan cawangan Pergerakan Kaum Ibu di Ipoh Perak dan beliau secara automatik dipilih mengetuai Kaum Ibu Bahagian Ipoh dan Dlm Mesyuarat Agung UMNO yg diadakan pd April 1956 beliau telah diberi tanggungjawab yg lebih mencabar iaitu mengetuai UMNO Negeri Perak.
images1 2 - Tun Fatimah Hashim

Tan Sri Abdul Kadir dipindahkan pula ke Negeri Kedah pd thn 1958 dan Tun Fatimah dipilih oleh pucuk pimpinan utk bertanding utk keusi Parlimen Jitra/Padang Terap dlm Pilihan Raya Umum 1959 merupakan  satu aliran baru politik negara yg menjadi ikutan parti-parti lain selepas itu.
Semasa menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau gigih memperjuangkan hak wanita supaya tidak didiskriminasi dlm pembayaran gaji dan pencen, mendapat perlindungan sewajarnya serta memastikan kebajikan wanita tidak diabaikan setelah berlaku perceraian. Berbekalkan semangat kental dan keinginan utk melihat negara maju sbg sebuah Negara berdaulat mengikut acuannya sendiri, tiada sebarang imbuhan yg diharapkan drpada setiap sumbangan dan pengorbanan yg dihulurkan.

Beliau telah dianugerahkan bintang Panglima Mangku Negara yg membawa gelaran Tan Sri, menjadikan beliau penerima wanita pertama anugerah tersebut di negara ini.Beliau menerima gelaran Tun setelah dianugerahkan Pingat Seri Setia Mahkota pd thn 2003.
Beliau telah terpilih sbg salah seorang penerima Anugerah Tokoh Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Kemasyarakatan pd thn 2009 dan disemadikan sbg seorang srikandi negara di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur. 
  
images 3 - Tun Fatimah Hashim
Loading...

Tags: #Fatimah #Hashim

author
Author: 
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3)
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3) : Telemovie bersiaran malam ini jam
    Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki
    GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan pd Khamis mengulangi komitmen utk mengurangkan bebanan guru sekaligus
    Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas – JPA
    PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dlm Perkhidmatan

    Leave a reply "Tun Fatimah Hashim"