Tun Dr Mahathir Mohamad

PROFILE: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD (Bapa Kemodenan Malaysia)

tun dr mahathir mohamad1 - Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia pd tarikh 16 Julai 1981.

Lahir pd tarikh 20 Disember 1925 di Alor Setar, ibukota Negara Bahagian Kedah, Tun Dr Mahathir melakukan pendidikan awal dan menengah di bandar kelahirannya. Pd 1947, ia mendapatkan masuk ke King Edward VII College of Medicine di Singapura.

Setelah lulus, ia bergabung dgn perkhidmatan kerajaan Malaysia sbg Tenaga Kesihatan. Dia meninggalkan thn 1957 utk mendirikan amalan sendiri di Alor Setar.

Tun Dr Mahathir telah aktif dlm politik sejak thn 1945. Dia telah menjadi ahli United Malays National Organisation (UMNO) sejak ditubuhkan pd thn 1946.

Beliau pertama kali dipilih sbg Ahli Parlimen mengikuti Pemilihan Umum pd thn 1964. Namun, ia kehilangan tempat duduknya di Pemilihan Umum seterusnya pd thn 1969. Kerana minat di pendidikan negara itu, beliau diangkat sbg Ketua Pendidikan Tinggi pertama Council pd thn 1968, Ahli Pendidikan Tinggi Advisory Council pd thn 1972, Ahli Mahkamah University dan University of Malaya Dewan, dan Ketua Universiti Kebangsaan dewan pd thn 1974.

Pada thn 1973, Tun Dr Mahathir dilantik sbg Senator. Dia melepaskan posting ini utk kontes dlm Pilihan Raya Umum 1974 di mana ia kembali terlindung. Selepas pilihan raya, Tun Dr Mahathir dilantik sbg Menteri Pendidikan.

Pada thn 1976, Tun Dr Mahathir dibuat Timbalan Perdana Menteri selain portfolio Pendidikan nya. Dlm perombakan kabinet dua thn kemudian, beliau melepaskan portfolio Pendidikan utk yg Perdagangan dan Industri. Sbg Menteri Perdagangan dan Industri, ia memimpin beberapa misi promosi pelaburan di luar negeri. Tun Dr Mahathir dipilih sbg salah satu drpada tiga Naib Presiden UMNO pd thn 1975. Pd thn 1978, beliau memenangi kerusi Timbalan Presiden dan pd thn 1981, ia diangkat menjadi Presiden parti. Dia kembali terlindung sbg Presiden pd thn 1984.

Dalam pilihan raya 1987 parti, Tun Dr Mahathir dikalahkan penantang utk mempertahankan Presiden dan pd thn 1990 dan 1993, dia kembali lagi terlindung sbg Presiden parti. Di bawah pimpinannya, parti berkuasa Barisan Nasional (National Front) memenangi kemenangan tanah runtuh pd thn 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 Pemilihan Umum.

Tun Dr Mahathir berkahwin dgn seorang doktor, Tun Dr Siti Hasmah bt Mohd Ali, dan mereka mempunyai tujuh anak Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Tun Dr Mahathir mengundurkan diri sbg Perdana Menteri pd tarikh 31 Oktober 2003.

Kredit: pmo.gov.my

BIODATA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pd hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dgn Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pd thn 1930 selama dua thn. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yg kini dikenali sbg Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dgn keputusan Senior Cambridge yg cemerlang pd thn 1945.

Dalam thn 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah utk melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yg tekun dan bersungguh-sungguh dlm pelajaran, aktif dlm sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada thn 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dr University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dlm kerajaan dgn menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pd thn 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sbg Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dgn seorang gadis dr Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yg mengikuti bidang pengajian yg sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yg terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sbg suami isteri pd Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada thn 1957, setelah tamat kontraknya dgn kerajaan, Dr. Mahathir dgn bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yg bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain drpada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas utk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dlm bentuk rencana-rencana yg diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena ‘C.H.E Det’ antara thn 1946-1950. Penulisan merupakan satu dr minat Dr. Mahathir sehinggalah ke hari ini. Pd thn 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sbg penyunting sebuah majalah yg diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat utk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku “Dilema Melayu” yg diterbitkan dlm thn 1970.

Selain drpada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yg rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau utk menjadikan seni pertukangan kayu sbg satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sbg seorang yg kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain utk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dlm thn 1989, berdasarkan minat yg berterusan dlm bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Dr. Mahathir di dlm arena politik tidak begitu ketara dlm thn-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sbg doktor kerajaan pd thn 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih utk bertanding pd pilihanraya negeri thn 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum thn 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dr sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Selepas memenangi pilihan raya umum pd thn 1964, Dr. Mahathir dilantik sbg Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pd thn 1969.

Kecenderungan dan minatnya yg mendalam dlm bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sbg Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yg pertama thn 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pd thn 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pd thn 1974. Dr. Mahathir dilantik sbg Senator pd thn 1974. Beliau melepaskan jawatan ini utk membolehkannya bertanding pd pilihan raya umum thn 1974 yg mana beliau menang tanpa bertanding.

Berikutan drpada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sbg Menteri Pelajaran. Sbg Menteri Pelajaran, langkah pertama dlm perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan utk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yg lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yg ditentang oleh ahli akademik dan mereka yg terlibat dgn pendidikan. Akan tetapi sbg seorang yg berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dlm pertandingan kerusi Naib Presiden dlm Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) thn 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sbg Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yg sama menjadi Timbalan Presiden Parti.

Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dlm thn 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.

Kemenangan Dr. Mahathir dlm pilihanraya umum thn 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dlm kabinet dan parti. Akhirnya, pd 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yg ke- 4 pd usia 55 thn.

Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yg paling lama memegang jawatan sbg Perdana Menteri, iaitu dr 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003.

Sepanjang 22 thn beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yg telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yg berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh drpada pemikiran orang Melayu khususnya.

Pada thn 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sbg antara 50 individu yg paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dlm senarai yg dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dlm kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dgn menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yg mendapat kritikan hebat pd mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yg berjaya melepaskan diri drpada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu ‘mengikat diri’ kepada syarat-syarat yg ditetapkan oleh IMF seperti yg berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yg diambil Dr. Mahathir dlm mengawal matawang negara.

Kedudukan beliau sbg Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dgn visi yg beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara drpada sebuah negara yg berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pd ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yg masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pd awal thn 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan utk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yg beliau ambil adalah tepat kerana pd pertengahan thn 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dgn teruk. Hal ini ditambah pula dgn peningkatan harga matawang Yen yg menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa thn.

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% drpada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 thn lalu.

Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sbg sebuah syarikat dan rakyatnya sbg pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan utk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sbgnya, telah disenaraikan sbg korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yg penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yg menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yg terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sbg rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dlm pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dgn penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dlm porfolio PNB.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yg terawal ketika beliau baru memegang jawatan sbg Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dlm projek pembuatan kereta nasional namun negara kita blh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dgn pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Sebagai orang yg memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dlm keadaan terkawal.

Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yg agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yg diperkenalkan di penghujung thn 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yg lebih baik.

Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yg ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yg lebih baik drpada dasar yg dibuat ini.

Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yg sangat besar terutamanya dlm bidang teknologi kerana pihak-pihak yg terbabit perlu mempunyai kepakaran dlm bidang teknologi utk memastikan perkhidmatan yg ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.

Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dlm mengurus ‘perniagaan’ sememangnya sesuatu yg semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan.

Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yg beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dlm dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yg dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi ‘CEO’ Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.

Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sbg sebuah negara sedang membangun yg dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yg ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 thn sbg Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yg disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sbg negara membangun dan sebuah negara Islam yg unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yg ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Sumber biodata:
Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali.


Loading...

Tags: #Mahathir #Mohamad

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Tun Dr Mahathir Mohamad"