Tun Dr.Hj Abdul Aziz Abdul Majid

TunDr.HjAbdulAzizAbdulMajid 1 - Tun Dr.Hj Abdul Aziz Abdul Majid
Tun Dr.Hj Abdul Aziz Abdul Majid


1908 – 1975

Tun Hj.Abdul Aziz memulakan kerjayanya pd thn 1926 sbg seorang guru sementara sejurus selepas lulus Cambridge School Certificate. Pd masa yg sama, beliau menduduki peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu(Malay Administrative Service) dan mendapat tempat pertama dlm peperiksaan tersebut. Setelah memperoleh keputusan cemerlang, beliau berkhidmat sbg Pegawai Kutipan Hasil Tanah pd 1926 sebelum dilantik sbg Penolong Pegawai Daerah dan seterusnya sbg Pegawai Daerah di negeri Selangor. Setelah berkhidmat selama 15 thn di dlm perkhidmatan Pentadbiran Melayu, Tun telah dinaikkan pangkat di Malayan Civil Service pd 3 Ogos 1941.

Sewaktu British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pd thn 1946, Tun Hj Abdul Aziz telah dilantik sbg Penolong Setiausaha kepada Pejabat Suruhanjaya Residen Selangor. Kualiti kepimpinan dlm pentadbiran beliau bertambah menyakinkan semua pihak apabila beliau telah dilantik sbg Penolong Setiausaha Negeri pertama bagi Selangor pd 1 Februari 1948. Selang sebulan selepas itu, Tun Abdul Aziz terpilih pula mengikuti Kursus Pentadbiran di Oxford University London.

Sekembalinya ke Tanah Air dr London pd thn 1949, beliau ditugaskan pula utk memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri dan peringkat persekutuan. Di peringkat negeri, Tun telah dilantik ke jawatan Pegawai Daerah di Teluk Anson. Pd 22 Januari 1952, Tun dilantik sbg Ahli Lembaga Eksekutif Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha di Bahagian Keselamatan Dlm Negeri.

Pada 15 April 1952, Tun Abdul Aziz dilantik sbg Menteri Besar Negeri Sembilan dan diikuti sbg Menteri Besar Selangor pd 1 September 1954. Dlm memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, beliau merupakan antara pemimpin yg terpenting negara yg telah bersama-sama Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan para pemimpin lain mengikuti rombongan kemerdekaan negara ke London pd thn 1956 dan 1957 bagi membincangkan hal-hal yg berkaitan dgn perlembagaan. Pd thn 1958 pula, Tun dan beberapa anggota rundingan telah pergi ke London sekali lagi utk berbincang mengenai Perjanjian Pertahanan Malaysia.

Tun Hj Abdul Aziz merupakan salah seorang anggota Pasukan Perunding Persekutuan dlm Jawatankuasa Antara Kerajaan. Selain itu, beliau juga dilantik sbg Ketua Perkhidmatan Awam iaitu Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Jemaah Menteri Malaysia.

Pada thn 1963, Tun sekali lagi terpilih sbg salah seorang anggota rombongan Tanah Melayu yg berunding dgn Pejabat Commonwealth di London tentang kemasukan Borneo Utara(Sabah), Sarawak dan Singapura ke dlm Malaysia.Tun seterusnya menjadi ketua rombongan perundingan Persekutuan Tanah Melayu dlm Jawatankuasa Antara Kerajaan utk membincangkan syarat dan peraturan-peraturan kemasukan negeri Sabah dan Sarawak ke dlm Persekutuan baru Malaysia.

Pada thn 1964, beliau bersara dr semua jawatan yg disandangnya. Walau bagaimanapun, pd thn yg sama,beliau sekali lagi ditugaskan utk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga thn 1971. Selain itu, Tun Hj Abdul Aziz juga sering dipertanggungjawabkan utk memikul beberapa misi khas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Berdasarkan rekod cemerlang yg telah dicatat dlm bidang pentadbiran, beliau dilantik sbg Yg di-Pertua Negeri Melaka pd thn 1971 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yg di-Pertuan Agong Kelima, Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan beliau memegang jawatan ini selama 5 thn.

Semasa hayatnya, beliau telah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran seperti:

  1.  Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) 
  2. Commander of British Empire pd 1958,
  3. Panglima Mangku Negara(P.M.N) pd 31 Ogos 1958
  4. Darjah Paduka Mahkota Kelantan(D.P.M.K) 1961
  5. Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Malaya thn 1964
  6. Darjah Seri Maharaja Mangku Negara(S.M.N) yg membawa gelaran Tun pd 7 Jun 1972.

Beliau meninggal dunia pd 10 Mei 1975 di kediaman rasminya di Sri Melaka ketika berusia 67 thn sewaktu masih menjadi Gabenor Negeri Melaka.

Loading...

Tags: #Abdul #Aziz #Dr.Hj #Majid

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Tun Dr.Hj Abdul Aziz Abdul Majid"