Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub

Loading...

TunDatuPatinggiHajiAbdulRahmanYaE28099kub 1 - Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub
Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub


Beliau telah mengasaskan pemerintahan Sarawak yg berkesan dan berjaya dgn agenda pembangunan utk semua golongan rakyat tanpa memingirkan rakyat minority. Beliau dilahirkan pd 3 Januari 1928.Tun Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Jepak, Bintulu dlm keluarga Melanau yg sederhana. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Anchii di Miri dan beliau kemudian di hantar ke sekolah Madrasah al Junid di Singapura. Di sekolah inilah, beliau belajar pelbagai perkara, mendapat pemikiran baru tentang perjuangan dan latihan kepimpinan. Setelah tamat perang Dunia Kedua, beliau menyambung hasrat utk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan lulus sbg Barrister-at-Law dr Lincoln’s Inn. Beliau kembali ke Sarawak dan diterima berkhidmat sbg Timbalan Pesuruhjaya Kehakiman Sarawak antara thn 1959 sehingga 1963. 


Tun Abdul Rahman meletakkan jawatan drpada perkhidmatan awam utk bergiat cergas dlm bidang politik sepenuh masa. Oleh kerana bakat beliau yg menyerlah dan yakin dgn peranan yg dapat beliau mainkan dlm mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sarawak, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, telah melantik beliau sbg Menteri Muda Pembangunan Luar Sarawak, walaupun beliau kalah dlm pilihanraya Sarawak thn 1963. Selepas pilihanraya 1965, Tun Abdul Rahman dilantik sbg Menteri Tanah dan Galian dan beliau memperkenalkan Kanun Tanah Negara. Selepas menang dlm pilihanraya 1969, beliau dilantik pula ke jawatan yg lebih kanan iaitu Menteri Pelajaran. Tugasan pertama beliau adalah melaksanakan peralihan bahasa pengantar drpada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu secara berperingkat peringkat melalui penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

 Dengan sokongan teguh dan penyeliaan beliaulah Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pd thn 1970 dan sekolah sains berasrama penuh didirikan di kawasan-kawasan luar Bandar.

 Pada Julai 1970, Tun Abdul Razak yg pd itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri telah melantik beliau sbg Ketua Menteri Sarawak setelah mendapat kebenaran Perdana Menteri. Menyandang jawatan tersebut, Tun Abdul rahman menghadapi tiga ujian utama iaitu menstabilkan politik Sarawak. Selama 10 thn menjadi Ketua Menteri Sarawak, beliau berjaya menyelesaikan ketiga tiga amanah besar tersebut yg utk menyediakan satu asas yg teguh bagi Sarawak menikmati keamanan dan pembangunan sehingga ke hari ini.

Dalam melaksanakan tugasannya sbg Ketua Menteri, Tun Abdul Rahman telah memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Yayasan Sarawak(1971), Unit Perancangan Ekonomi Sarawak(1972) dan juga Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak(1973). Beliau juga bertanggungjawab membangunkan pusat pentadbiran negeri yg baru di Petra Jaya. Tun Abdul Rahman memenangi kerusi kawasan Paloh, negeri Sarawak, dlm pilihanraya Umum Malaysia 1978 yg merupakan pilihanraya terakhir beliau apabila meletakkan jawatan pd thn 1981 atas sebab kesihatan.

Loading...

Tags: #Abdul #Datu #Haji #Patinggi #Rahman #Ya’kub

author
Author: 
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir

    Leave a reply "Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub"