
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, langkah kementerian itu memperkenalkan tulisan khat dlm subjek Bahasa Melayu Thn 4 di sekolah akan diteruskan, tetapi guru diberi kuasa utk menentukan kaedah pelaksanaannya di bilik darjah.
“Jemaah Menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan seperti dirancang dgn mengambil kira beberapa langkah penyesuaian yg berkaitan.
“Jemaah Menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khat dilaksanakan secara pilihan dgn guru diberikan kuasa utk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing” katanya dlm satu kenyataan.
Sehubungan itu beliau berharap keputusan Kabinet itu tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.
“Khat bukan satu subjek, ia hanyalah satu aktiviti,” katanya.
Ketika ditanya sama ada murid blh memilih utk tidak belajar tulisan khat, Maszlee berkata, ia “terserah kepada guru yg mengajar”.
Berhubung bantahan Sabah dan Sarawak terhadap langkah pengenalan tulisan khat di sekolah di negeri berkenaan, beliau berkata, 2 negeri itu adalah sebahagian drpada Malaysia.
“Jadi mengikut perlembagaan persekutuan, pendidikan merupakan bidang kuasa kerajaan pusat,” katanya.
Langkah kementerian itu utk memperkenalkan khat mendapat bantahan drpada sebilangan kumpulan mewakili kepentingan masyarakat Cina dan Tamil yg berkata ia tidak membantu pelajar sekolah vernakular meningkatkan penguasaan bahasa Melayu mereka.
Ia juga dibantah oleh pemimpin akar umbi DAP.
Kementerian berkenaan sebelum ini berkata, langkah utk memperkenalkan tulisan khat, yg disifatkannya sbg sebahagian drpada identiti kebangsaan Malaysia, telah dilaksanakan sejak 2014.
Sumber: Free Malaysia Today
Tags: #aktiviti #Bukan #Diteruskan #khat #Maszlee #Mata #pelajaran #Tulisan