Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas – JPA

Loading...

196ABB93 3F3F 476A AFD2 31593FFEEEAC - Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas - JPA

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa terdapat kira-kira 400,000 penjawat awam mengalami tekanan sbg data yg tidak mempunyai bukti berasas.

Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Dr Abdul Jalil Hassan berkata, data itu merupakan anggaran CUEPACS semata-mata berdasarkan kajian yg tidak melibatkan penjawat awam secara menyeluruh.

Tanpa menafikan terdapat penjawat awam yg tertekan, menurut beliau kajian CUEPACS itu adalah berdasarkan sampel mudah melalui libat urus dan pergaulan antara pelajar-pelajar universiti dan segelintir penjawat awam.

CUEPACS sebelum ini dilapor mendedahkan lebih 400,000 penjawat awam mengalami tekanan emosi sehingga ada yg memiliki kad psikiatri, dgn punca utama masalah berkenaan ialah kos sara hidup serta tekanan kerja.

Abdul Jalil dlm taklimat media berhubung isu 400,000 penjawat awam tertekan di sini hari ini, berkata, definisi tekanan juga perlu difahami dgn jelas kerana ia terbahagi kepada dua kategori iaitu tekanan negatif dan tekanan positif.

“Tekanan negatif (distress) berlaku apabila sesuatu perkara yg dihajati tidak berlaku manakala tekanan positif (eustress) mampu meningkatkan perkhidmatan dan prestasi penyampaian kepada rakyat,” katanya.

Ditanya jumlah sebenar penjawat awam mengalami masalah tekanan, Abdul Jalil berkata JPA tidak mempunyai data itu dan bercadang melakukan satu kajian utk mengenal pasti jumlah sebenar.

Menurutnya, pihaknya dpt menangani tekanan dlm kalangan penjawat awam dgn baik melalui penyediaan pegawai psikologi di setiap kementerian, jabatan dan negeri.

Mengulas dakwaan CUEPACS terdapat penjawat awam yg memiliki kad psikiatri, Abdul Jalil berkata kad berkenaan adalah satu perkara peribadi di antara pesakit dan doktor, dan tidak didedahkan kepada pihak lain kecuali didedahkan sendiri oleh pemilik.

“Kad psikiatri itu sebenarnya bukan diberikan utk mengesahkan seseorang itu mengalami masalah mental sebaliknya ia bg memudahkan pemilik kad berkenaan utk mendapatkan rawatan dan bantuan,” katanya. – Bernama

Loading...

Tags: #400000 #Asas #Awam #Cuepacs #Penjawat #tertekan #tidak #Tuduhan

author
Author: 
    SPI KPM Bil.3/2019: SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Bawa Murid Utk Urusan Rasmi
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikthisas berkenaan Prosedur Operasi Standard
    Jadi Mualaf, Deddy Corbuzier Tolak Tawaran Umroh dan Haji VIP Gratis! Ini Alasannya!
    slidegossip.com – Keputusan Deddy Corbuzier pindah agama Islam dan menjadi mualaf rupanya menarik
    KPM siasat Jalur Gemilang terbalik diedar ke sekolah
    Gambar via Facebook PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan akan menyiasat isu Jalur Gemilang terbalik
    Pamer Goyang Pocong, Farhat Abbas Tuai Cibiran Netizen!
    slidegossip.com – Nama Farhat Abbas kembali jadi sorotan publik terkait laporannya utk pengacara

    Leave a reply "Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas – JPA"