Tragedi Mazda & Vios : “Tengoklah Apa Yg Kau Dah Buat, Kau Bunuh Kawan Kau Sendiri!”.

Loading...

Begitulah kenyataan Ken Lim ketika menyebarkan identiti individu yg didakwanya telah membunuh Moey Yun Peng dlm satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kenderaan yg dipandu mangsa terbabas dan terjatuh ke dlm laut.

Mazda 1 - Tragedi Mazda & Vios : "Tengoklah Apa Yg Kau Dah Buat, Kau Bunuh Kawan Kau Sendiri!".


“Lihatlah apa yg kau dah lakukan Vitis. Mabuk dan memandu la. Kau baru je bunuh kawan kau sendiri. Karma akan mengajar kau, asshole!,” katanya dlm kenyataan itu.

KenBLim - Tragedi Mazda & Vios : "Tengoklah Apa Yg Kau Dah Buat, Kau Bunuh Kawan Kau Sendiri!".

Kenyataan oleh Ken Lim itu kemudiannya tular di sosial media. Netizens juga menyebarkan identiti pemandu Toyota Vios itu.

ViOS - Tragedi Mazda & Vios : "Tengoklah Apa Yg Kau Dah Buat, Kau Bunuh Kawan Kau Sendiri!".


Pemandu Vios itu dikenali sbg Vitis Waran dan berusia 21 thn. Vitis bekerja sbg pendandan rambut. Pemandu Vios juga dipercayai mabuk dan positif ganja ketika diperiksa polis. 

 

Semalam media tempatan melaporkan kemalangan yg berlaku di kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang melibatkan kenderaan jenis SUV Mazda dan Toyato Vios.

Rakaman dashcam yg memaparkan detik-detik kemalangan turut tersebar. Menerusi rakaman itu, Vios dilihat memecut dan melanggar Mazda berwarna putih sebelum kenderaan itu terbabas dan jatuh menjunam ke dlm laut.

Sehingga ke hari ini mangsa yg dikenali sbg Moey Yun Peng berusia 20 thn seorang pelajar kolej swasta belum lagi ditemui.

Ketika kejadian mangsa bersama pemandu Vios baru sahaja pulang dr menyambut harijadinya dgn lima rakan yg lain.



Mereka dipercayai menyambut parti hari jadi di sebuah kelab yg terletak di Lebuh Chulia. Lima lagi rakan mereka tinggal di bahagian pulau. Manakala mangsa dan pemandu Vios tinggal di bahagian seberang. Mangsa dan pemandu Vios juga dilaporkan telah berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi.

Pemandu Vios yg mengalami kecederaan ringan selepas kemalangan itu kemudiannya dihantar ke hospital dan berada dlm keadaan stabil.

CCTV menunjukkan detik-detik jatuhnya Mazda dr jambatan Pulau Pinang itu juga viral sejak pagi tadi.

Polis juga menyiasat kemungkinan pemandu Vios dan Mazda mungkin sedang berlumba sebelum berlakunya nahas malang itu. – 21 Januari 2019.
 

Loading...

Tags: #Buat #bunuh #Kawan #Mazda #sendiri #Tengoklah #Tragedi #Vios

author
Author: 
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli
    Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat
    PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali

    Leave a reply "Tragedi Mazda & Vios : “Tengoklah Apa Yg Kau Dah Buat, Kau Bunuh Kawan Kau Sendiri!”."