Tommy: Lembaga kelayakan terima sijil UEC utk ambil Peperiksaan Sijil Amalan Guaman

Kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pd tahap Senior Middle 3 blh diterima sbg memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bg tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Tommy 1 - Tommy: Lembaga kelayakan terima sijil UEC utk ambil Peperiksaan Sijil Amalan Guaman

Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tommy Thomas berkata, dlm mesyuarat pd 8 Mac lalu, badan itu sebulat suara memutuskan bahawa mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki PSAG bg pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pd tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ O-Levels/setaraf yg diperoleh dlm 1 peperiksaan yg sama.

Syarat ini hendaklah terpakai bg semua pelajar yg mendaftar bg kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pd 5 Jun 2018, katanya dlm kenyataan semalam.
“Bagi mengelak apa-apa kekeliruan, adalah perlu ditekankan bahawa 1 Jan 2021, semua pelajar sama ada pemegang sijil UEC atau kelayakan lain yg diiktiraf, yg ingin menduduki peperiksaan CLP hendaklah memenuhi syarat 5 kepujian di peringkat SPM/O-Levels/ setaraf, dan kelulusan yg berkenaan di peringkat STPM/ UEC/A-Levels/setaraf yg diperolehi dlm 1 peperiksaan yg sama.

Menurut kenyataan itu, semua syarat lain adalah kekal terpakai sbgmana dinyatakan dlm “Garis Panduan Baharu Kelayakan dan Syarat Utk Layak Menduduki Peperiksaan CLP (Ijazah Undang-Undang dr United Kingdom) dan Garis Panduan Kelayakan dan Syarat Pengiktirafan Pemegang ijazah Undang-Undang dr Australia dan New Zealand Utk Layak Mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Terdahulu, pd 5 Jun 2018, lembaga kelayakan itu mengumumkan keputusan bahawa syarat menduduki CLP bg pemegang sijil kelayakan UEC mulai thn 2021 ialah perlu mempunyai kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran di peringkat STPM/A-Levels.

Pada masa ini, syarat kelayakan bg pemegang sijil kelayakan UEC utk menduduki CLP adalah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kepujian di peringkat SPM/O-Levels yg diperoleh dlm satu peperiksaan yg sama; atau kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran di peringkat STPM /A-Levels yg diperoleh dlm satu peperiksaan sama.

Thomas berkata, sbg respons terhadap representasi drpada pelbagai pihak, lembaga kelayakan itu telah membuat kajian semula, termasuk mendapatkan maklumat drpada beberapa universiti di United Kingdom mengenai penerimaan sijil kelayakan UEC sbg syarat kelayakan utk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang [LLB (Hons)].

Badan itu turut mendapatkan penjelasan drpada Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung tahap kelayakan UEC yg blh diterima sbg syarat kemasukan bg mengikuti program ijazah di universiti.

Turut diambil kira ialah kesan pengumuman keputusan terdahulu terhadap pemegang sijil kelayakan UEC yg sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang semasa pengumuman tersebut dibuat pd 5 Jun 2018.

“Hasil drpada itu, lembaga kini berpuas hati bahawa kelayakan UESC pd tahap Senior Middle 3 blh diterima sbg memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM bg tujuan menduduki CLP,” kata Thomas. – 30 Mac 2019.

Sumber : Free Malaysia Today.


Loading...

Tags: #Amalan #Ambil #Guaman #Kelayakan #Lembaga #Peperiksaan #sijil #Terima #Tommy

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.