Tok Kenali

Tok Kenali,5 / 5 ( 1votes )
TokKenali 1 - Tok Kenali
Tok Kenali


1868 – 1933

Tok Kenali seorang guru agama Islam yg agung. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Asia Tenggara. Beliau adalah pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara pd awal abad ke-20. Hidupnya banyak berpandukan kitab suci Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Beliau disebut juga sbg seorang yg memilih cara hidup sederhana. Perkara yg menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dr ajaran-ajaran Failasuf Islam Al-Imam Ghazali iaitu seorang yg membina dan mencetuskan fikiran umat Islam yg banyak membuat pembaharuan dlm mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan Hadis.
Sejak kecil, beliau sudah menunjukkan tanda-tanda kecerdasan minda yg luar biasa dan cenderung kepada ilmu pengetahuan. Beliau menaruh minat yg mendalam terhadap pembacaan dan memandang tinggi bidang penulisan dan peranan majalah selaku media massa yg berpengaruh menyatukan umat Melayu ketika itu. Pd usia 10 thn, beliau telah berguru dgn ulama’ terkenal di zamannya seperti Tok Guru Asy-Syeikh Muhamad Ali Bin Abdul Rahman, Tuan Guru Haji Taib atau dikenali sbg Tuan Pdng dan Tuan Guru Haji Ibrahim. Kesungguhan beliau dlm membina ilmu mendorongnya merantau jauh sehingga ke Makkah ketika berusia 18 thn.
Sebaik sahaja kembali ke Tanah Air, beliau telah menubuhkan pusat pengajian Pondok Kenali pd thn 1911 utk memberi peluang kepada anak bangsanya menimba ilmu pengetahuan di negeri sendiri. Pondok tersebut terus berkembang maju dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Kebijaksanaan yg dimilikinya menarik perhatian Sultan Kelantan lalu melantik beliau sbg Guru Agama di Masjid Besar al-Muhammadi dan anggota Majlis Ulama’ Kelantan. Selain itu, beliau turut terlibat sbg anggota Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Penolong Mufti dan Ketua Pelajaran Agama Islam Kelantan.
Keprihatinan beliau terhadap ilmu dan pendidikan mendorong Tok Kenali mengasaskan Majalah pengasuh di bawah terbitan Majlis Agama Islam Kelantan sbg mewakili generasi Kaum tua drpada fahaman kaum muda, dimana Tok Kenali menjadi Ketua Pengarang dan penulis kolumnis majalah tersebut. Seperti juga Pondok Kenali, majalah ini masih diterbitkan sehingga kini. Daya usaha yg dilaksanakan oleh Tok Kenali itu telah meninggalkan satu khazanah ilmu yg tidak ternilai harganya.

Disamping menerbitkan majalah, Tok Kenali juga mempunyai kemahiran tinggi dlm bidang penulisan. Terdapat dua buah buku yg merakamkan ilmu yg dimilik oleh Tok Kenali iaitu Pusaka Tok Kenali dan Cerpen Warisan Tok Kenali selain drpada berpuluh-puluh rencana serta kajian yg ditulis oleh penulis-penulis mengenai Tok Kenali. Tokoh ini juga menjadi seorang penulis yg cukup prolifik dan berjaya menghasilkan 9 buah kitab yg terkenal iaitu:

1. Khasiat Binatang
2. Kitab Mujarobat
3. Kitab Tasyif
4. Sangkalan Terhadap Kaifiyah
5. Hafalan dan Doa Yassin
6. Ilmu Risik Tok Kenali
7. Ilmu Ma’jun Tok Kenali
8. Ilmu Penyecah Tok Kenali
9. Ilmu Julab Tok Kenali.

Dalam usaha membangunkan anak bangsa, beliau menggunakan pendekatan yg berterus terang dlm memberi pandangan tanpa mengaibkan sesiapa. Ini dilakukan bagi membangkitkan semangat orang Melayu dan memelihara kesucian agama Islam.

Sebagai seorang Tuan Guru yg  bijaksana, Tok Kenali menyelitkan cerita dlm pengajarannya. Salah seorang anak murid beliau, Abdullah Al-Qari telah mengumpulkan sebanyak 21 buah cerita yg dipetik drpada Majlis Ilmu Tok Kenali. Cerita-cerita tersebut penuh dgn nasihat dan teladan kepada sesiapa yg mendengarnya. Kisah Tok Kenali dikenali sejak dahulu sehingga kini, bukan sahaja dikalangan orang dewasa malah pelajar-pelajar turut menjadikannya ikon agama yg tidak luntur dek zaman. Itu kehebatan Tok Kenali seorang Tokoh agama ulung yg dilahirkan di bumi Kelantan. 


Loading...

Tags: #Kenali

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Tok Kenali"