Tips utk laksanakan Kajian Tindakan di sekolah

KT 1 - Tips utk laksanakan Kajian Tindakan di sekolah

Sebagai seorang guru, kenapa kita disarankan utk selalu buat kajian tindakan?

Kajian tindakan bertujuan utk membuat penambahbaikan dlm amalan pengajaran guru dan membantu menyelesaikan masalah kesukaran pelajar memahami kandungan pembelajaran sesuatu topik.

Kita buat kajian tindakan bukan utk semua topik dlm silibus. Cukuplah utk topik-topik yg pelajar kita lemah dan susah utk dikuasai.

Kenalpasti masalah murid

Pernah tak kita terkeluar ayat ni semasa mengajar, “Kenapalah susah sangat budak-budak ni nak faham topik ni?”

Kalau pernah, mesti kaedah yg kita guna kurang sesuai kerana tahap kognitif utk setiap topik berbeza. Betul kan? Jadi, kaedah pengajaran yg ‘lama’ perlu dibaiki dan dibuat penambahbaikan melalui kajian. Tujuannya adalah utk muhasabah diri, bukannya asyik menyalahkan pelajar kita yg tak pandai.

Kajian Tindakan & Inovasi

Nanti ada yg cakap, “Leceh la nk buat kajian tindakan bagai. mcm susah je”.

Cikgu, kajian tindakan tak perlu panjang-panjang pun. 2-3 muka surat pun dah blh buat. Biasanya orang yg cakap susah nk buat sebab mereka tak tahu. Sama je kan dgn situasi pelajar kita. Kalau mereka tahu cara buat, mesti mereka cakap topik tu senang.

Bila dah ada satu kajian tindakan dan cikgu berjaya tunjukkan dlm laporan kajian bahawa kaedah baharu yg cikgu perkenalkan dpt membantu pelajar meningkatkan penguasaan dlm sesuatu topik, secara automatiknya cikgu dah hasilkan satu ‘INOVASI’! Kalau kena cara, inovasi dpt, PAK-21 pun dpt. Sambil menyelam dpt juga minum air.

Wah! mcm tak percaya je cikgu dah dpt hasilkan satu inovasi. Nanti blhlah cuba nasib masuk pertandingan atau bentangkan di seminar-seminar dan persidangan pula.

Sebab, idea cikgu perlu dikongsi juga dgn orang lain. Kalau tak, terperap je nanti dlm fail sampai kertas tu jadi kuning. Nanti, dr semasa ke semasa, cikgu blh lagi buat penambahbaikan kalau ada cadangan drpd orang lain. Perlahan-lahan berusaha, dptlah cuba utk jadi ‘Guru Inovatif’ pula.

Format Kajian Tindakan

Untuk hasilkan kajian tindakan tak susah sebenarnya. Apa yg menjadikannya susah bila kita tak tahu.

Sebenarnya kajian tindakan tidak ada format yg tetap. Cikgu-cikgu blh guna apa-apa sahaja format asalkan ada elemen-elemen asas Kajian tindakan. Di bawah ni saya tunjuk contoh ‘outline’ yg saya selalu buat tp blh diubahsuai ikut kesesuaian kajian cikgu.

1. Pengenalan & Refleksi Diri – Nyatakan permasalahan yg berlaku dlm PdP yg lalu. Blh tunjuk hasil kerja pelajar yg bermasalah.
2. Fokus kajian – Contohnya cikgu nak fokus tentang kemahiran menulis ke, kemahiran membaca ke, kemahiran pecahan ke. Kaitkan dgn kaedah inovasi cikgu.
3. Objektif kajian anda – kalau ada 1 pun dah ok.
4. Kumpulan sasaran – Nyatakan kajian cikgu dijalan ke atas siapa. Berapa orang murid, sekolah mana, kawasan mana dll.
5. Pelaksanaan kajian – bahagian ini tumpu kepada bagaimana anda ingin melaksanakan kajian ini. Contohnya nak guna metod apa. Sama ada pemerhatian/tinjauan, soal selidik, temu bual, pemeriksaan buku latihan atau lembaran kerja, ujian pra dan pos atau kumpulan kawalan.
6. Analisis dan dptan hasil kajian – tunjuk keputusan2 kajian. contohnya kalau guna ujian pra dan pos, tunjuk perbezaan markah sebelum dan selepas kaedah inovasi diperkenalkan.
7. Rumusan dan refleksi akhir.

Dah siap tulis pelaporan kajian tindakan cikgu, blhlah cuba hantar utk mana-mana persidangan, pertandingan inovasi, seminar dan lain-lain utk membentangkan hasil kerja cikgu pula.

Daripada pengalaman membentang kertas kajian cikgu akan dpt pelbagai ‘feedback’ utk penambahbaikan inovasi cikgu dan membina rangkaian kenalan. Jangan takut utk mencuba. Pengalaman-pengalaman seperti ini akan memberi byk kelebihan pd cikgu. Apabila cikgu menghasilkan lebih byk inovasi dan kajian tindakan, peluang utk cikgu lebih luas.

Bermulalah dr bawah selangkah dan bertapaklah menuju ke tempat yg lebih tinggi.

Disunting drpada penulisan: Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir

Muat Turun: 

1. Manual Penulisan Kajian Tindakan (KPM)
2. Contoh-contoh Kajian Tindakan

Loading...

Tags: #Kajian #laksanakan #Sekolah #Tindakan #tips

author
Author: 
    Corona Bikin Nganggur Syuting, Nikita Mirzani Cari Uang Dari Sini Utk Bertahan Hidup!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani yg dikenal sering pamer kekayaan, baru-baru ini
    Gak Takut? 4 Acara TV Live Ini Masih Tetap Tayang! No 4 Sampai Disumpahi Tertular Corona!
    slidegossip.com – Imbas dr wabah virus corona atau covid-19 yg masih melanda negeri
    Makam Korban Corona yg Ditolak Warga, Dibongkar Lagi! Ternyata Ini Alasan Warga Marah!
    slidegossip.com – Makam jenazah korban virus corona di Banyumas, Jawa Tengah yg viral
    Artis Terkenal Ini Bikin April Mop Ngaku Positif Corona, Netizen: Becandanya Gak Lucu!
    slidegossip.com – Di saat masyarakat dunia sedang dibuat was-was dgn mewabahnya virus corona

    Leave a reply "Tips utk laksanakan Kajian Tindakan di sekolah"