Tips pemilihan jenis-jenis pencetak

Anda ingin membeli pencetak tapi tak tahu yg mana satu pilihan terbaik utk anda?

Ok jom kami share di sini beberapa tips sebelum membeli pencetak yg baik.

Tidak semua pencetak sesuai dgn keperluan. Jika anda seorang guru, anda mungkin memerlukan pencetak yg heavy duty untuk cetakan yg byk berbanding dgn pelajar universiti yg bajetnya terhad.

Teknologi percetakan dah berkembang dgn maju pd masa sekarang tetapi prinsip asalnya masih tetap sama. Secara asasnya, teknologi percetakan yg biasa digunapakai ialah teknologi inkjet dan laser.

Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tersendiri bergantung kepada keperluan individu yg memakainya. Bentuk dan saiz yg pelbagai juga mungkin akan memeningkan sesiapa yg baru ingin membeli pencetak di kedai.

HPBLITTLEBMAKERS - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
KLIK utk sertai peraduan!

Jenis Teknologi Percetakan

Selalunya seseorang melihat pd jenis teknologi percetakan yg digunakan pd sesuatu printer iaitu samada laser atau inkjet utk menentukan pembelian mereka. Secara umumnya blhlah dikatakan bahawa pencetak versi laser adalah lebih mahal berbanding pencetak jenis inkjet samada utk pencetak itu sendiri ataupun dakwatnya.

Mari kita kenal lebih dekat lagi dgn teknologi inkjet dan laser.

c05271166 - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
HP DeskJet Ink Advantage 3776 via HP.com

  • Inkjet

Pencetak yg menggunakan teknologi percetakan secara inkjet biasa menjadi pilihan kepada pengguna di rumah dan pengambil gambar digital. Hasil gambar percetakan yg dikeluarkan biasanya adalah lebih berkualiti tinggi berbanding pencetak laser.

Pelajar juga kebanyakannya memilih utk membeli pencetak inkjet kerana selain harganya yg selalunya lebih murah drpada laser, harga dakwatnya pun agak murah juga.

Walaupun kelajuan percetakan inkjet dah semakin laju berbanding sepuluh thn yg lalu, tetapi inkjet masih tidak mampu utk melawan prestasi kepantasan pencetakan laser.

LASERBPRINTER - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
HP LaserJet Pro via HP.com
  • Laser

Pencetak laser selalunya adalah pilihan pertama kepada perniagaan kecil, pejabat atau mungkin juga di rumah yg memerlukan pencetak yg mampu mencetak pd kelajuan yg tinggi.

Pencetak laser sesuai utk percetakan dokumen-dokumen yg byk mempunyai teks kerana hasil percetakannya adalah jelas dan kos utk satu mukasurat juga adalah lebih murah walaupun harga setiap katrijnya lebih mahal drpada inkjet.

Walaupun kos pencetak laser pd mulanya adalah agak mahal tapi jika pembaca perlu utk mencetak dokumen yg penuh dgn teks utk kuantiti yg byk, pencetak laser adalah pilihan terbaik.

Kalau dahulu harga utk memiliki pencetak laser warna adalah sangat mahal, tetapi sekarang sudah ada yg mampu milik. Ini adalah alternative terbaik kepada pencetak inkjet terutamanya utk tujuan percetakan risalah atau brochure.

Pencetak Pelbagai Fungsi (All-in-one)

c05271112 - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
HP DeskJet Ink Advantage 3776 via HP.com

Pencetak jenis ini menggabungkan pelbagai fungsi dlm satu perkakasan – pencetak, pengimbas, penyalin dan mungkin juga mesin faks. Pencetak jenis ini sangat menyenangkan kepada pembeli kerana mereka hanya perlu membawa sebuah perkakasan sahaja utk melaksanakan pelbagai tugas.

Kedua-dua jenis variasi laser atau inkjet ada ditawarkan di pasaran. Jika mahu utk mencetak dokumen teks dgn cepat blhlah menggunakan laser dan jika mahu utk mencetak gambar, inkjet pula blh dipilih utk hasil yg cantik.

Pencetak jenis ini biasanya dipilih oleh pemilik perniagaan kecil dan sederhana ditambah pula dgn ciri-ciri penting utk model-model tertentu seperti autoduplexer iaitu utk tujuan mencetak depan dan belakang, pengisi dokumen automatik utk tujuan faks dan salinan dan sbgnya.

Pencetak Utk Gambar / Snapshot

7FQ80B 2 T1567655247 - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
HP DeskJet Ink Advantage 2676 All-in-One Printer via HP.com

Jika anda mementingkan kualiti cetakan gambar yg paling baik, terutamanya jika anda adalah seorang penggemar fotografi digital, pilihlah model pencetak yg menggunakan lebih drpada empat warna asas iaitu cyan, magenta, yellow, dan hitam (CMYK). Harganya memang lebih mahal sedikit drpada inkjet biasa tetapi hasilnya memang memuaskan. Lebih-lebih lagi jika dicetak pd kertas foto khas.

Kelebihan lain pd pencetak jenis ini juga ialah biasanya ianya juga membolehkan anda mencetak terus drpada kamera digital dgn menggunakan wayar khas yg dipanggil PictBridge. Ada juga yg menyediakan slot utk akses kad memori seperti CompactFlash, SD atau Sony Memory Stick.

Selain itu, ada juga pencetak khas yg dihasilkan utk mencetak pd kertas gambar yg bersaiz 4×6 inci atau lebih kecil. Pencetak seperti ini memang tidak akan mampu utk mencetak kertas bersaiz biasa seperti A4 dan sbgnya.

Keliru Utk Memilih Pencetak?

Jika penerangan-penerangan sebelum ini ada yg mengelirukan lagi pembaca utk memilih jenis pencetak yg sesuai utk kegunaan mereka, di bawah ini kami ringkaskan panduan memilih pencetak berdasarkan jenis kegunaan pengguna.

2135 - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
HP DeskJet Ink Advantage 2135 via HP.com
  • Saya Mahu Cetak di Rumah

Biasanya pencetak di rumah tidak digunakan secara kerap seperti di pejabat. Mungkin anda mahu mencetak tugasan-tugasan universiti yg tidak byk dan kerap ataupun mahu mencetak gambar digital yg agak jarang-jarang sahaja, maka pencetak jenis inkjet adalah pilihan yg menarik.

Harga pencetak pd kategori ini adalah murah berbanding kebanyakan model-model yg lain.

Tetapi jika anda tidak mahu mencetak gambar digital, cubalah cari pencetak monokrom yg direka khas utk tujuan cetakan teks dan dokumen warna hitam dan putih.

ink tank 1 720x320 - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
HP 310 via HP.com

  • Saya Mahukan Pencetak di Sekolah

Untuk kegunaan di sekolah, pencetak pelbagai fungsi mungkin sesuai utk anda. Pencetak jenis ini sangat menjimatkan ruang kerana ianya menggabungkan fungsi pencetak, penyalin dan mesin faks dan datang dlm versi laser dan inkjet.

Jika anda tidak perlukan fungsi faks dan pengimbas, pencetak laser adalah pilihan yg baik. Jika anda ada budget yg lebih lagi, pilihlah model pencetak laser warna yg harganya sudah mampu milik pd waktu sekarang.

Ciri-ciri penting yg ada pd pencetak ini ialah cetakan rangkaian, kapasiti katrij toner yg tinggi dan tempat input dan output kertas yg lebih besar.

HPBLITTLEBMAKERS - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
KLIK utk sertai peraduan!


Spesifikasi Sebuah Pencetak

Pernah dengar istilah ppm atau dpi? Istilah-istilah ini biasa digunakan pd pencetak yg selalunya ditekankan oleh pengeluar pencetak tersebut. Istilah ini mungkin mengelirukan sebahagian pembaca, jadi Kak Mona akan cuba mudahkan penerangannya dibawah.

  • Resolusi

Spesifikasi utk resolusi mungkin adalah yg paling ditonjolkan oleh pengeluar pencetak. Resolusi merujuk kepada jumlah maksimum dot yg dpt dicetak utk satu inci persegi. Sbg contoh, pencetak yg mencetak pd resolusi 1,200dpi adalah bermaksud ianya mencetak 1,200 dot menegak dan 1,200 melintang utk satu inci persegi.

Biasanya, resolusi terendah yg ditawarkan pd pencetak sekarang ialah 600dpi. Pd resolusi ini, cetakan dokumen teks adalah bagus.

Semakin tinggi resolusi yg digunakan, maka semakin sesuai utk mencetak dokumen teks yg menggunakan saiz tulisan 6 atau lebih kecil lagi. Begitu juga halnya utk cetakan gambar yg mempunyai garisan halus. Resolusi yg dipilih selalunya ialah 1,200dpi.

Pun begitu, kenalah juga pilih dan gunakan kertas cetakan yg sesuai utk tujuan cetakan beresolusi tinggi kerana jika menggunakan kertas biasa, hasil cetakan pd resolusi ini adalah tidak memuaskan.

Apa yg penting ialah, dpi bukanlah penentu penting utk prestasi sesebuah pencetak.

  • Cetakan Per Minit

Cetakan per minit atau dlm bahasa Inggerisnya prints per minute (ppm) mengukur jumlah cetakan yg mampu dicetak oleh sesebuah pencetak utk satu minit.

Dulu ada pengeluar yg cuba menipu utk meningkatkan nombor ppm ini dgn mencetak dokumen menggunakan tetapan cetakan yg paling rendah sekali.

Walaupun badan ISO dah menetapkan utk para pengeluar menggunakan kaedah yg betul utk menentukan nilai ppm produk mereka, tetapi sebenarnya kita tidak tahu pun standard apa yg digunakan oleh mereka.

Jika ciri ppm ini adalah penting utk pembaca, disarankan utk anda baca dulu ulasan produk di internet sebelum membuat keputusan.

  • Kaedah Sambungan

Cara sambungan yg biasa digunakan pd pencetak ialah melalui sambungan USB. Utk pencetak rangkaian pula port RJ-45 iaitu wayar rangkaian biasa akan digunakan.

Jika pembaca dah rasa serabut dgn wayar-wayar yg bersimpang-siur drpada pelbagai jenis gadget dan perkakasan, pencetak tanpa wayar ialah sesuai utk anda. Sambungan wifi kepada pelayan pencetak yg terbina dlm beserta dgn percetakan awan memang akan disediakan.

Dengan percetakan awan seperti Google Cloud Prints utk Android dan AirPrint utk gadget-gadget Apple membolehkan anda mencetak apa-apa dokumen terus dr telefon pintar, tablet dan komputer anda tanpa perlu utk anda memasang perisian lain. Memang cukup-cukup mudah.

  • Dakwat

Pelbagai teknologi diperkenalkan oleh pengeluar pencetak utk memaksimumkan prestasi produk-produk keluaran mereka tetapi secara asasnya, pencetak memerlukan paling minimum tiga jenis warna utk menghasilkan cetakan berwarna iaitu cyan, kuning dan magenta (CMY).

Pengeluar selalunya menambah satu lagi warna iaitu hitam (K) kerana mencetak warna hitam dgn hanya menggunakan dakwat CMY sahaja akan memberikan kualiti cetakan teks yg kurang memuaskan. Pembaca juga perlulah ingat, pencetak akan cepat habis dakwat warnanya jika pembaca mencetak sesuatu yg byk menggunakan warna hitam sedangkan dakwat hitam pd pencetak itu telah habis.

ink - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
  • Boleh Tak Nak Guna Dakwat Refill yg Bukan Dikeluarkan Oleh Syarikat Pengeluar?

Pengguna memilih utk membeli dakwat dr sumber ketiga kerana ianya murah. Tetapi sebelum itu, nak pesan awal-awal utk tanya pengguna yg telah menggunakan dakwat tersebut sebelum membelinya sendiri.

Ini adalah langkah keselamatan yg penting takut-takut pembaca membazir dgn membeli katrij dakwat yg tidak berfungsi atau lagi teruk merosakkan pencetak anda. Berhati-hati ya. Serahkan pd yg pakar.

image - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak
Imej via support.hp.com

  • Istilah-istilah Lain

OCR – OCR atau dlm Bahasa Inggerisnya ialah optical character recognition merupakan satu ciri pd pengimbas atau pencetak pelbagai fungsi yg membolehkan dokumen yg telah diimbas utk di tukarkan kepada dokumen Word utk tujuan suntingan. Walaupun biasanya fungsi ini hanya utk dokumen bercetakan teks, ada juga pencetak-pencetak tertentu yg juga mampu utk mengimbas dan menterjemah dokumen bertulisan tangan.

Wifi Direct/Wireless Direct – WiFi Direct menyediakan sambungan tanpa wayar antara pencetak dan perkakasan/gadget walaupun tidak berhubung pd rangkaian Wifi.

HPBLITTLEBMAKERS 2 - Tips pemilihan jenis-jenis pencetak

Nak menang barangan HP bernilai RM10,000 dgn mudah?
Jom sertai HP Little Makers: Family Edition


Bagaimana hendak sertainya?
Muat turun cabaran dr https://www.hpmalaysia.com/littlemakers/
Ambil gambar bersama keluarga anda bersama-sama dgn HP Little Makers anda.
Muat naiknya di Facebook atau Instagram dgn hashtags #HPMY #HPLittleMakers #HPDeskjet #ReinventLearning

Tempoh peraduan: Sekarang sehingga 23 November 2019.


Loading...

Tags: #jenisjenis #Pemilihan #pencetak #tips

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.