Tip Mudah Buat Donut Gebu, Gerenti Jadi

tip donut cover 1 - Tip Mudah Buat Donut Gebu, Gerenti Jadi

Ramai yg teringin buat donut gebu. Namun ada kala impian tak jadi kenyataan. RASA kongsikan tip utk buat donut jadi gebu secara mudah. Dah tahu rahsia, senanglah nak buat, kan?

DONAT GEBU MUDAH (Bahan mudah didapati!)

tip donut fb - Tip Mudah Buat Donut Gebu, Gerenti Jadi

Bahan-bahan
500 gram tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
Setengah cawan air sejuk yg ada ais.

Bahan Rahsia Pelembut Donat
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air masak

*Masak tepung gandum dlm air di atas kuali dgn api yg kecil sampai likat.

Bahan Bancuhan Yis
1/2 peket yis
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula

*Bancuhkan yis, gula, susu pekat manis ke dlm setengah cawan air masak. Kacau dan tutup. Tunggu sehingga berbuih.

Cara membuat donut
1. Masukkan tepung gandum, minyak masak, garam ke dlm bekas. Gaulkan.
2. Masukkan pula tepung yg dimasak di atas kuali. Gaul lagi.
3. Masukkan bancuhan yis sikit demi sedikit.
4. Akhir sekali masukkan air ais sedikit demi sedikit. Uli sampai tidak lekat di tangan. Jika lembik tambahkan tepung.

Nota
Uli sampai licin dlm tempoh 15 minit. Tutup doh dgn pinggan atau kain basah selama 30 minit. Bentukkan dgn apa-apa bentuk yg anda suka. Misalnya buat bentuk ring dan bentuk jalin.

Tip Donat Montok Gebu Lajak
– Bulatkan donat mcm nak buat pau tu.
– Rehatkan di dulang selama 10 minit.
– Kemudian, menggunakan jari telunjuk, tekan di tengah donat.
– Rehatkan lagi selama 15 minit dan baru goreng.

Resipi oleh Sue Syafieqa Balqis dr Telegram KakiMakan

Komen anda


Loading...

Tags: #Buat #Donut #Gebu #Gerenti #JADI #Mudah

author
Author: 
    RESEP SUP BIHUN [CHINESE STYLE]
    1/2 bungkus Bihun (cabe brand) 6 biji Udang (bersihkan kotoran,jangan buang kulitnya) 250gram
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Tip Mudah Buat Donut Gebu, Gerenti Jadi"