Tip Bercuti : Insuran Travel Luar Negara Yg Patut Korang Ambik Tahu

Loading...


insuranBtravel - Tip Bercuti : Insuran Travel Luar Negara Yg Patut Korang Ambik Tahu



Baru-baru ini kita dikejutkan dgn pasangan suami isteri melanggar pejalan kaki di Krabi Thailand. Keluarga mangsa menuntut sehingga rm500 ribu.  Setelah berbincang, mereka setuju utk mengurangkan sehingga rm200ribu.Suami isteri tersebut juga cedera dan memerlukan kos rawatan.


Sebelum keluar negara, antara perkara penting korang perlu fikir adalah mengambil insuran.
Tak kira insuran travel atau insuran kenderaan yg anda bakal naiki- motor, kereta, kapal terbang.

Bagi yg biasa naik Air Asia,  Air Asia Travel Insuran ada ditawarkan ketika membeli tiket flight.
Macam-macam pakej ada. Jika nak beli, beli ikut keperluan. Tak mahal pun. Yg ni paling basic.

Persediaan sebelum melancong

Kalau nak beli insuran travel pun ada. Beli sebelum berlepas ke destinasi.pelbagai jenama dan jenis insuran ada- beli ikut keperluan. Sebab ada insuran yg cover musim contoh winter.

bestBinsuranBtravelBinBMalaysia - Tip Bercuti : Insuran Travel Luar Negara Yg Patut Korang Ambik Tahu


Bagi penjawat awam, pastikan memohon insuran kerajaan keluar negara.
Insuran ini adalah utk urusan peribadi -seperti melancong, bercuti dan sbgnya. Insuran ini blh dipohon sekali setahun. 


Isi dan hantar borang. mudah je.

Persediaan sebelum melancong:

Kalau yg memang dah ada insuran,semak polisi insuran anda, pastikan ia cover liabiliti diri- iaitu melindungi diri dr tuntutan pihak ketiga, kerosakan harta benda mereka atas kecuaian korang.

Tip: Jika korang nak menyewa motorsikal di Thailand

  • Pastikan penyewa berlesen(tanyakan sijil pendaftaran yg mereka ada – ia perlu ada number siri yg diberi kerajaan thailand
  • Motorsikal ada 2 insuran iaitu:
Pertama : Por Ror Bor atau Compulsory yakni insuran wajib yg melindungi yuran hospital.
Kedua : Voluntary yang melindungi kenderaan yg disewa dan kenderaan yg terlibat jika berlaku kemalangan
Ketiga : Baca polisi penyewaan dgn teliti dan faham.
Keempat : JANGAN mencagarkan passport anda.
  • Jika tiada keempat-empat ini, anda dinasihati agar menyewa kenderaan berpemandu atau naik tuk2/naik teksi.

Fakta yg perlu tahu:


  • kemalangan yg melibatkan penjalan kaki di Thailand, kenderaan akan dipersalahkan
  • Keluarga mangsa blh menuntut pampasan jika kemalangan berlaku.

admya.
bukan penjual insuran
sama-sama kongsi info, malang tak berbau

follow admya di facebook



Loading...

Tags: #Ambik #Bercuti #Insuran #Korang #Luar #Negara #Patut #Tahu #Travel

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Leave a reply "Tip Bercuti : Insuran Travel Luar Negara Yg Patut Korang Ambik Tahu"