Tingkat Puasa dlm Islam Menurut Imam Al-Ghazali

Loading...

94puasa 1 - Tingkat Puasa dlm Islam Menurut Imam Al-Ghazali

 Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan ini. Dgn nama Allah  yg maha mengasihani, saya mulakan perkongsian kali ini. Seperti yg kita maklum ibadat puasa Ramadhan adalah fardu ain bagi setiap Muslim dan Muslimah. Kefarduan ini seperti yg telah ditetapkan dlm al-Quran, sunnah dan ijtihad para ulama.  Hal ini juga berdasarkan pd firman Allah dlm surah Al-baqarah yg mewajibkan puasa keatas tiap-tiap orang Islam.
 
“Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan ke atas orang yg terdahulu drpada kamu.” (al-Baqarah:83)

Rasulullah s.a.w juga telah  bersabda maksudnya: “Didirikan Islam atas lima perkara – antaranya puasa Ramadan.” (Riwayat Bukhari) .  Namun selain kita melaksanakan ibadah puasa dgn menahan diri dr melakukan perkara yg membatalkan  puasa .Ibadah  puasa  sendiri mempunyai tingkat dan tahap kedudukannya yg akan membezakan tahap puasa antara seorang mukmin dgn mukin yg lain. .

Imam Ghazali dlm kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :  Puasa ada tiga kedudukan atau 3 tingkat  iaitu:

  1. Puasa al-umum,
  2. Puasa al-khusus
  3. Puasa khusus al-khusus.
Tahap pertama 

Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dr memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan mkn dan minum serta perkara yg membatalkan puasa.

Tahap kedua:  

Puasa al-khusus ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dr melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Tahap ketiga :  

Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dr keinginan yg buruk dan dr memikirkan sesuatu selain dr Allah secara total. Puasa akan terbatal pd tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dr Allah dan hari akhirat.Demikian juga akan terbatal puasa dgn memikirkan dunia kecuali urusan dunia yg kepentingannya utk agama kerana itu termasuk dlm bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yg prihatin dgn hati mereka) berkata Sesiapa yg pd siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yg akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dr sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yg telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dgn perkataan tetapi blh direalisasikan dgn amalan.

Di tahap ini adalah di tingkatan ketiga iaitu puasa yg paling khas. Mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yg membatalkan puasa tetapi juga perkara yg blh membatalkan pahala puasa. Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada ALLAH, subhanallah!!. Antara akhlak bagi mencapai tahap ini ialah menjaga lidah dan mulut. Orang yg berpuasa perlu menjaga lidah drpada bercakap perkara yg sia-sia.
Bagaimana utk mencapai puasa tahap yg ketiga ini?
Menurut Imam al-Ghazali bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:
  • Menundukkan pandangan dan menahan dr melihat perkara yg tercela dan dibenci oleh syariat serta dr segala perkara yg blh menggangu dan melalaikan hati dr mengingati Allah S.W.T.
  • Memelihara lidah dr menuturkan perkataan yg tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sbgnya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
  • Menahan dr mendengar perkataan yg dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yg diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dgn memakan harta haram seperti firman-Nya:
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yg haram (rasuah dan sbgnya).”
(Surah al-Maidah: 42)
  • Menahan anggota tubuh badan dr melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dr perkara yg dilarang dan menahan perut dr perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pd siang hari menahannya dr mknan halal tetapi berbuka dgn mknan haram.
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dgn mknan halal sehingga perut penuh dgn mknan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yg lebih dibenci oleh Allah dr perut yg penuh dgn mknan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula mknan yg terlepas ketika ia berpuasa pd siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan mknan yg tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa. 
  • Hendaklah timbul dlm hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yg berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yg celaka 

dan bagi saya ( penulis blog redzuan-ridz) kalau dapat puasa tahap 2 alhamdilah dah bersyukur sangat-sangat. tapi  nak dapat tahap 2 pun belum tentu apatah lagi tahap 3 yakni tingkat puasa para nabi. mudah-mudahan kita semua akan meningkatkan lagi amal ibadah kita, berzikir,bertasbih ,  di bulan puasa  utk mencapai tingkat puasa yg lebih baik bukan sekadar berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga . kerana dlm bulan puasa dua yg paling sukar utk kita jaga iaitu lidah (percakapan) dan mata (penglihatan)

    Loading...

    Tags: #AlGhazali #Imam #Islam #Menurut #Puasa #Tingkat

    author
    Author: 
      Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
      slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
      Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
      slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
      Guru lelaki maut ketika water rafting
      Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
      8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
      WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

      Leave a reply "Tingkat Puasa dlm Islam Menurut Imam Al-Ghazali"