
Imam As-Syafii sangat menganjurkan umat Islam utk merantau atau mengembara. Mengembara di sini bukan bermaksud semata-mata utk mengecapi kenikmatan duniawi, jalan-jalan sambil swafoto dan memuat naik di laman sosial dgn caption yg pelbagai.
Tidaklah juga dikatakan ianya satu kesalahan, sekiranya tujuan ingin merakamkan momen dlm album perbiadi Akan tetapi lebih sempurna sekiranya sambil berjalan sambil belajar dgn alam.
Berkelanalah utk menuntut ilmu dimana dgn ilmu itulah tahap keimanan kita kepada Allah semakin meningkat.
Di dlm Al- Quran, Allah S.W.T berfirman :
“Dialah yg menjadikan bumi bg kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta mknlah dr rezeki yg dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.” (Surah Al-Mulk : ayat 15)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang yg perlu diterokai dan dikaji oleh sekalian manusia.
Malah ada lebih drpada satu ayat di dlm Al-Quran yg menyebut perkataan “berjalanlah” atau “mengembaralah” di muka bumi.
Islam sedari awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara utk menimba ilmu pengetahuan. Demikianlah sepertimana Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yg pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yg terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.
Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan keimanan dan ilmu pengetahuan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.
KEMBARA PERTAMA IMAM AS-SYAFII
Imam As-Syafii telah dibawa oleh ibunya, Ummu Habibah al- Uzdiyyah mengembara dr Palestin ( tempat lahir Imam As-Syafii ) ke Mekah ketika Imam Syafii berusia dua thn selepas kematian ayahnya. Tujuan Imam Syafii dibawa ke Mekah adalah utk mendekatkan dirinya dgn nasab keluarganya (quraisy).
MERANTAU DEMI ILMU DAN KEMULIAAN
“Orang yg berilmu dan beradab tidak akan diam beristirehat di kampung halaman. Tinggalkanlah negerimu dan hidup asing ditempat orang .” – Imam Asy-Syafi’i
Imam Asy-Syafi’i menggalakkan kita keluar mengembara meninggalkan kampung halaman menjelajah ke tempat baharu, dgn suasana baharu, pengalaman baharu, dan berkenalan dgn orang-orang baharu pula.
“Ibarat air yg menjadi rosak tercemar kerana bertakung, jika ia mengalir, air itu menjadi jernih, jika tidak ianya akan keruh menggenang.” [ Diwan al- Imam Asy- Syafii ]
Daripada perumpamaan yg diungkapkan oleh ulama agung ini, jelas kita dpt fahami bahawa air yg mengalir itu lebih baik drpada air yg tidak mengalir.
Apakah konotasi di sebalik ungkapan tersebut?
Pastinya ia ditujukan bg golongan yg hanya selesa berada di dlm lingkungan sendiri namun tidak pernah berada di luar dr tempurung.
Maksud yg diperkatakan oleh Imam Syafii Rahimahullah ialah tahap keilmuan orang yg mengembara lebih baik kerana mereka dpt mempelajari sesuatu perkara yg blh memperbaiki diri dan juga memberi kebaikan kepada orang lain.
PERGILAH MERANTAU HAI ANAK MUDA !
Di usia yg muda inilah blh dikatakan usia yg paling ideal utk mengembara jauh, kerana di usia begini tubuh badan masih kuat, sihat dan cergas.
Antara manfaat mengembara ini ialah :-
1. KEBEBASAN
Dengan keluar merantau, anda akan mengetahui betapa besar dan luasnya dunia ini. Di samping itu, byknya pengetahuan yg baharu yg diperolehi ketika anda mulai berani melangkah keluar dr zon selesa dan salah satu jalan utk mendapatkan kebebasan.
2. MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KEADAAN BARU
Bertemu dgn rakan baharu, budaya baharu dan situasi baharu dan kebiasaan sosial mereka akan membuatkan anda lebih berusaha utk beradaptasi terhadap lingkungan tersebut.
Ini secara tidak langsung dpt melatih anda utk berfikiran dgn lebih terbuka, peduli dan berani utk mengeksplorasi dgn lebih luas.
3. MEMBINA KEMANDIRIAN
Dengan mengembara, ia dpt memupuk semangat lebih berani dan menjadikan diri lebih berkeyakinan. Berani utk melakukan setiap pekerjaan itu dgn sendiri dan tidak bergantung kepada sesiapa. Melalui cara ini, kita dpt pelajari nilai menghargai seseorang itu.
4. MEMPERLUAS JARINGAN
Apabila merantau, beerti akan byk peluang utk memperluaskan jaringan. Tidaklah kita asyik berada di dlm kelompok rakan-rakan yg tidak aktif, suka buang masa, asyik bergosip dan sbgnya.
5. MENJADI LEBIH BERANI DAN BERGANTUNG PADA DIRI.
Anda akan menjadi lebih berani kerana di situ anda akan belajar dr setiap keputusan yg dibuat sama ada ianya baik anda atau sebaliknya.
Mengembara sebenarnya mendidik kita bagaimana utk bergantung pd diri sendiri, bukannya pd orang lain.
Ketika berhadapan dlm keadaan yg genting, kita dpt belajar betapa pentingnya setiap keputusan yg dibuat
Maka dr situlah kita dilatih utk sentiasa bersedia berhadapan dgn situasi yg mungkin sangat baik.
6. MENINGKATKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM DIRI
Mengembara juga dpt meningkatkan nilai-nilai murni dlm diri seseorang. Amalan nilai murni sememangnya penting bg diri seseorang supaya lebih dihormati oleh orang lain.
Antara nilai murni tersebut ialah mematuhi peraturan, menepati masa, menjadikan kita lebih berdisiplin, bekerjasama dan lain-lain.
Hai anak muda,
Pernahkah kau berfikir,
Bahawa alam ini penuh rahsia,
Yang diciptakan,
Untuk mereka yg berfikir?
Berjalan bermusafirlah,
Merenung kebesaran Allah,
Berfikir dan bersyukur,
Kembaralah demi mencari ilmu,
Hayati ibrahnya.
Tags: #Merantaulah #Negeri #Negerimu #Orang #Tinggalkan