Tinggal Puasa Sebulan Sebab Bersalin. Apa Nak Buat Kalau Tak Sempat Ganti? Ini Penjelasan Mufti WP

Loading...

anak mufti 1 - Tinggal Puasa Sebulan Sebab Bersalin. Apa Nak Buat Kalau Tak Sempat Ganti? Ini Penjelasan Mufti WP
Siapa yg due date mereka sekitar bln Ramadhan nanti, mesti dah terfikir bagaimana agaknya mereka nak kena ganti puasa.

Mana tidaknya, bersalin ketika bln Ramadhan biasanya menyebabkan ibu-ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dpt menunaikan solat serta ibadah puasa buat masa yg agak lama.

Malah, ibu-ibu yg melahirkan juga biasanya akan menyusukan bayi dlm tempoh 2 thn pertama. Dlm keletihan mengurus dan menyusukan bayi, dah tentu ada wanita yg rasa terbeban dan tak mampu menggantikan bilangan hari puasa yg hampir sebulan lamanya.

Jadi, perlukah fidyah jika ia tak dpt diganti sehingga tiba bln Ramadhan seterusnya?

Ikuti penerangan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan permasalahan ini.

IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE-83 :
TINGGAL PUASA KERANA BERPANTANG, LANGKAH TAHUN KERANA MENYUSU

SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. Saya ingin menanyakan satu soalan. Bulan puasa thn lps saya dlm pantang bersalin. Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa. Sekarang pun masih menyusukan anak. Usia anak 11 bln. Saya ingin bertanya, perlukah saya:

1) Qada’ puasa sahaja atau

2) Qada’ puasa dan bayar fidyah atau

3) Tidak perlu puasa tetapi bayar fidyah sahaja

Saya masih menyusukan anak sekarang. Yg mana satu yg perlu saya ikut nya sebab byk sangat mazhab yg saya dengar. Saya tidak tahu mana yg patut ikut.

Terima kasih ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,

Alhamdulillah, segala puji bg Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga bgnda SAW, sahabat bgnda SAW serta orang-orang yg mengikuti jejak langkah bgnda SAW.

Pertama sekali kita perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dlm adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yg masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.

Manakala menurut syariat, berpantang ini blh dikaitkan dgn hukum keluarnya darah nifas.

Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pd perkara-perkara yg haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dlm masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut.

Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.

Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dlm al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yg bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.

Ini berbeza dgn solat fardu yg tidak perlu diganti.

Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan utk mengqadhakan puasa Ramadhan yg ditinggal akibat haid – dan juga nifas – tetapi tidak bg solat fardu.

Pada asalnya hukum wanita yg menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan thn seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya utk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak mknan ruji seperti beras dlm zakat fitrah) bg setiap puasa yg ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bg thn yg baru.

Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dlm al-Muʿtamad (2/200) :

“Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yg baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”

Justeru, dlm kes puan yg bertanya:

Puan hendaklah menggantikan puasa yg ditinggalkan semasa nifas dahulu.

Jika puan melewatkan puasa sehingga masuk ke Ramadhan yg baharu, maka hendaklah puan ganti puasa, dan membayar fidyah bg setiap hari puasa yg ditinggalkan.

Jika puan meninggalkan ganti puasa atas sebab keuzuran seperti masih menyusu anak, lalu masuk ke Ramadhan yg baharu, maka puan tidak perlu membayar fidyah tetapi tetap perlu menggantikan puasa.

Semoga Allah Taala mengurniakan kekuatan dan ilmu dlm beramal. Wallahua’lam.

Sumber asal dr pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/L9sSYl

*NOTA TAMBAHAN
Sekadar sedikit pencerahan, dlm Mazhab Syafie, tempoh kebiasaan darah nifas adalah 40 hari dan maksimum 60 hari. Jika dlm tempoh 60 hari itu darah nifas terputus-putus atau bilangan hari suci kurang drpada 15 hari, maka ia masih dianggap nifas.

Seeprkara lagi, berbeza dgn fidyah, bilangan hari puasa yg wajib diganti juga kekal dan tidak akan berganda walaupun telah masuk beberapa kali Ramadhan yg seterusnya.

Maksudnya kalau 25 hari tinggal puasa, 25 hari sajalah yg perlu diganti puasa walaupun telah masuk 2 kali Ramadhan seterusnya. Hanya fidyah yg perlu digandakan jika tiada alasan disebabkan keuzuran.

Jadi, dah jelas kan?

Semoga info ini dpt memberi panduan kepada ibu-ibu utk mengqadha puasa yg tertinggal semasa bersalin tempoh hari.

Sumber: siraplimau

The post Tinggal Puasa Sebulan Sebab Bersalin. Apa Nak Buat Kalau Tak Sempat Ganti? Ini Penjelasan Mufti WP appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Bersalin #Buat #GANTI #Kalau #Mufti #Penjelasan #Puasa #Sebab #SEBULAN #sempat #Tinggal

author
Author: 
    Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru
    Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook Video terbaharu personaliti Youtube
    Vicky Nitinegoro Ditangkap, Polisi: Kalau Gak Terbukti Narkoba Ya Dipulangkan!
    slidegossip.com – Model dan aktor tampan Vicky Nitinegoro kini tengah diamankan di Polda
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal

    Comments are closed.