Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini & Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

Untitled design 11 3 1 - Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini & Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

Tak sempat nak tonton dan salin resipi-resipi menarik dlm Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 10? Tak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh ketiga-tiga hidangan yg Adam Didam dan Aunty Aini masak iaitu Yong Tau Foo, Rendang Itik dan Kek Coklat Fudge. Nanti blhlah cuba ya. 

<<Klik disini utk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 9>>

WhatsApp Image 2018 12 28 at 3.50.56 PM - Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &amp; Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

Disini kami kongsikan resipi-resipinya. Selamat mencuba!

1. YONG TAU FOO

Untitled design 9 2 - Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &amp; Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 Batang Terung Panjang
  • 4 Cili Merah
  • 4 Cili Hijau
  • 5 Biji Bende
  • 4 Tauhu Lembut
  • 1 Peria Besar
  • 1kg Isi Ikan Tenggiri
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • Daun Bawang
  • Daun Ketumbar
  • Lada Hitam
  • Minyak Masak
  • Halia
  • Stok Ikan Bilis
  • Minyak Bijan
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kering isi ikan, bawang putih, bawang merah, daun bawang, daun ketumbar. minyak bijan, garam dan serbuk lada hitam.
  2. Sumbat isi ikan yg telah dikisar kedalam bende, cili, peria, terung dan tauhu.
  3. Goreng bahan-bahan sehingga layur dan kekuningan.
  4. Tulang dan kulit ikan digoreng dan ditumis utk dijadikan sup yong tau foo bersama sedikit minyak, garam, stok ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
  5. Hidang yong tau foo yg telah siap digoreng bersama sup.
  6. Untuk sos, kisar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah dan sedikit halia bersama sup yg telah dimasak.
  7. Masak sos sehingga pekat dan perasakan dgn garam dan serbuk lada hitam.
  8. Siap utk dihidang.

2. RENDANG ITIK

Untitled design 8 4 - Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &amp; Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Ekor Itik Potong 12
  • Cili Kering (direbus, dikisar)
  • 6 Biji Cili Padi
  • 2 Inci Lengkuas
  • 5 Batang Serai
  • 2 Inci Kunyit
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 6 Biji Bawang Merah
  • 1 Sudu Besar Jintan Manis
  • 1 Sudu Besar Jintan Putih
  • 1 Sudu Besar Biji Ketumbar
  • ½ Sudu Besar Lada Hitam
  • 2 Pek Kecil Kerisik
  • 2kg Santan
  • 5 Biji Buah Keras
  • Serbuk Lada Hitam
  • Asam Keping
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Tumis kering jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan buah keras.
  2. Panaskan minyak utk memasak.
  3. Kisar bahan tumis kering bersama serai, cili padi, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, kunyit dan lengkuas bersama air.
  4. Tumis bahan kisar bersama cili kering yg telah direbus dan dikisar.
  5. Tumis sehingga naik minyak dan bau.
  6. Masukkan itik kedalam kuali. Kecut daging dgn memperlahankan api, dan masak sehingga satu jam.
  7. Masukkan santan, asam keping, dan garam.
  8. Apabila kuah telah mengering dan memekat, masukkan kerisik.
  9. Masak sehingga daging melembut.
  10. Siap utk dihidang.

3. KEK COKLAT FUDGE

Untitled design 10 3 - Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &amp; Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Biji Telur
  • ¼ Cawan Minyak Sayuran
  • ½ Sudu Kecil Esen Vanila
  • 125g Susu Segar
  • 75g Gula Perang
  • 100g Coklat Gelap
  • 100g Tepung Serbaguna
  • ½ Sudu Kecil Sodium Bikarbonat
  • ¼ Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • ¼ Sudu Kecil Garam
  • 60g Coklat Susu
  • Ceri
  • Gula Aising

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama telur, minyak sayuran, dan esen vanila.
  2. Cairkkan coklat gelap bersama susu, dan tambahkan gula perang.
  3. Sejukkan cecair dan tuang kedalam bekas berisi telur sebentar tadi.
  4. Gaul sebati semua bahan dan masukkan tepung, serbuk soda bikarbonat, serbuk penaik, dan garam yg telah diayak.
  5. Gaulkan adunan secara perlahan-lahan sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan kedalam bekas-bekas kecil.
  7. Letak coklat susu didalam setiap bekas.
  8. Bakar selama 15minit pd suhu 180’C.
  9. Hias bersama buah rapsberi dan gula aising.
  10. Siap utk dihidang.

PNA30102018005 - Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &amp; Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

Jangan ketinggalan utk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke lima minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yg mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yg pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yg akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.

PNA30102018023 - Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &amp; Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

Komen anda


Loading...

Tags: #Adam #Aini #Aunty #Didam #EP10 #Ketuhar #Kuali #Rasa #Resipi #Terbaik #Tiga

author
Author: 
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa
    Resep Cara Memasak Ayam Kecap Enak
    Video ini menjelaskan bagaimana tentang resep dan cara memasak Ayam Kecap yang enak.
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding Video membuat pudot puding sedot

    Leave a reply "Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini & Adam Didam Dlm Rasa: Ketuhar Kuali Ep10."