Tiada penutupan Institut Pendidikan Guru, agensi KPM – Timb. Menteri

9EAE4620 4C67 42E9 889F 259ADB808AD6 - Tiada penutupan Institut Pendidikan Guru, agensi KPM - Timb. Menteri

Tiada penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Ia susulan laporan sebuah berita dlm talian hari ini yg mendakwa IPG dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) merupakan antara institusi yg akan dirombak semula dlm pelan rasionalisasi Kementerian Kewangan bg menjimatkan kos kerajaan.

Laporan itu menyatakan ada usaha dlm KPM yg cuba mengekalkan dua institusi itu drpada dikecilkan atau ditutup.

“Pada peringkat ini kita tidak merancang utk menutup IPG. Jangan cetuskan panik. Ya, kami memang ingin mengurangkan kos tetapi tidak menutup IPG. Kami masih memerlukan IPG utk melatih guru-guru utk sekolah rendah,” katanya ketika ditemui pd Majlis Penyampaian Anugerah dan Biasiswa Universiti UCSI, hari ini.

Mengulas lanjut, Teo berkata seramai 6,000 pelajar lpsan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan memasuki 27 IPG di seluruh negara pd Julai thn ini.

Tegas Teo, kementerian ada melakukan strategi pengurangan perbelanjaan dan kecekapan kos selari dgn saranan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad namun kementerian tidak memikirkan utk menutup IPG dan agensi berkaitan.

Sementara itu, sumber laporan itu menyatakan bahawa KPM telah diberitahu mengenai pelan utk merombak enam agensi, bahagian dan projek di bawah KPM awal bln lps melalui satu surat.

Bagaimanapun, Teo berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai surat itu dan perlu melihat isi kandungan surat berkenaan terlebih dahulu.

Sumber laporan itu turut menyatakan fungsi IPG yg melatih guru sekolah rendah akan diambil secara berperingkat oleh Institut Pengajian Tinggi yg menawarkan kursus pendidikan manakala ITBM yg melakukan proses terjemahan dan penerbitan buku akan diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

– Bernama


Loading...

Tags: #agensi #Guru #Institut #Menteri #Pendidikan #penutupan #Tiada #Timb.

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.