Tiada masalah khat dlm sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu – NUTP

3B735A39 D3AD 412A A3E1 B53892EEF2C3 - Tiada masalah khat dlm sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu - NUTP

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak melihat sebarang masalah pd langkah Kementerian Pendidikan memasukkan khat dlm sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu bg sekolah-sekolah aliran.

Perkembangan ini susulan bantahan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong yg berkata pengajaran khat akan membebankan lagi para pelajar dan guru, dan tiada kaitan dgn penguasaan bahasa kebangsaan.

NUTP bagaimanapun berkata penambahan khat dlm sukatan pelajaran Bahasa Melayu Thn 4 akan mendedahkan para pelajar kepada seni itu, dan tidak patut dipolitikkan.

“Kami berpendirian apa sahaja yg mendidik dan bukan keagamaan blh diterima. Khat cuma seni tulisan, dan pendedahan pdnya tidak bermakna kandungan keagamaan diajar kepada para pelajar kita,” kata Setiausaha Agung Harry Tan.

Beliau berkata ia sama seperti mempelajari tulisan sambung sbg sebahagian sukatan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Di sekolah-sekolah, kita juga ada seni tulisan Cina, tapi itu tidak bermakna para pelajar beragama Islam diajar agama lain,” tambahnya.

Tan berkata bahagian tentang khat dlm buku teks itu bersifat pengenalan.

“Para pelajar perlu kesan garis bentuk dlm buku-buku teks, tetapi itu cuma pendedahan,” katanya, dan menambah para murid hanya diberi 5 ungkapan utk latihan tulisan khat.

Beliau berkata hasil kerja khat para pelajar tidak termasuk dlm penilaian mereka, dan mereka tidak perlu membeli pena khat istimewa.

Dong Zong dan Jiao Zong mendakwa khat “tidak sesuai” dimasukkan dlm mata pelajaran bahasa Melayu.

Bagaimanapun bantahan kepada pengenalan khat kepada para pelajar tidak patut dilihat sbg keengganan meraikan kepelbagaian budaya dan bahasa, kata mereka.

Sumber: Free Malaysia Today


Loading...

Tags: #BAHASA #khat #Masalah #Mata #Melayu #NUTP #pelajaran #Sukatan #Tiada

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.