Tiada lagi aliran sains, sastera thn hadapan – Timbalan Menteri

4027131A A760 4E78 925B 354356A32E3C - Tiada lagi aliran sains, sastera thn hadapan - Timbalan Menteri

PETALING JAYA – Pelajar Tingkatan Empat thn depan tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perbezaan antara dua aliran itu tidak lagi wujud selari dgn pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

“Pelajar blh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar,” katanya kepada Sinchew Daily.

Nie Ching berkata, penilaian pelajar dlm kelas dan keputusan PT3 mereka juga blh dijadikan rujukan dlm pemilihan subjek.

“Guru kaunseling memainkan peranan penting dlm membantu pelajar membuat pilihan,” katanya.

Tambahnya lagi, sekolah diberi autonomi utk menyediakan subjek pilihan murid berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan sekolah dan sumber tenaga pengajar.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pernah mendedahkan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.

Usaha tersebut dicadangkan Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan utk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia. – MalaysiaGazette

Loading...

Tags: #Aliran.. #Hadapan #LAGI #Menteri #SAINS #sastera #Tiada #timbalan

author
Author: 
    Corona Membawa Berkah? Gara-Gara Corona, Roro Fitria Kini Bebas Dari Penjara!
    slidegossip.com – Artis Roro Fitria yg sempat terjerat kasus narkoba kini sudah dibebaskan
    Guided Reading Lower Level Materials 01
    What is Guided Reading? These worksheets help to focus on the reading strategies
    Korea Utara Tetap Ngotot Negaranya Bersih Dari Corona! Amerika Bakal Kirim Mata-Mata?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 masih saja membuat was-was masyarakat dunia. Melansir
    Tertangkap Kamera CCTV! Sebelum Meninggal, Pria Positif Corona Ludahi Orang Lain Agar Tertular!
    slidegossip.com – Baru-baru ini viral sebuah video yg memperlihatkan seorang pria yg sudah

    Comments are closed.