
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menegaskan tidak ada keperluan utk calon menduduki semula Pengendalian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT 3).
Ini kerana kertas peperiksaaan PT 3 setara standardnya dgn peperiksaan akhir thn.
PT3 merupakan pentaksiran pusat dlm Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PT3 ditadbir oleh sekolah berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yg setara yg disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
PT3 merupakan komponen akademik dlm PBS pd peringkat menengah rendah yg dilaksanakan sevara perkongsian akauntabiliti antara LP dan pihak sekolah, kata kenyataan KPM hari ini.
KPM seterusnya memberi jaminan sentiasa komited memastikan keadilan kepada calon dan kesahihan keputusan PT3 yg dijalankan mengikut kaedah dan prosedur standard yg digunapakai.
Sehubungan itu, KPM memaklumkan PT3 akan dilaksanakan pd 7 Oktober ini bg mata pelajaran Science, Pendidikan Islam dan Al-Syariah manakala 8 Oktober bg mata pelajaran Sejarah, Maharat al-Quran Kertas 1 dan Usul al-Din.
Bagi 9 Oktober pula bg mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2.

Sumber – MalaysiaGazette
Tags: #Calon #Duduki #keperluan #Semula #Tiada