Tiada bukti pelajar sekolah vernakular tidak fasih bahasa Melayu

Loading...

image 10 - Tiada bukti pelajar sekolah vernakular tidak fasih bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 17 April – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman bahawa sekolah vernakular Cina dan Tamil memusnahkan perpaduan di Malaysia.

Dominic berkata, kenyataan Mohd. Fadil itu adalah satu kenyataan bersifat perkauman dan akan merosakkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

“Adakah Mohd. Fadil ada bukti yg menunjukkan pelajar dr sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak fasih dlm bahasa Melayu?

“Sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil telah menghasilkan byk bakat selama bertahun-tahun dan menyumbang byk kepada negara. Di samping itu, terdapat byk pelajar Melayu yg belajar di sekolah Cina. Adakah pelajar-pelajar ini juga memusnahkan perpaduan negara?

Tambah Dominic, pihaknya juga blh mengaturkan satu sesi debat antara Mohd. Fadil dgn pelajar sekolah Cina dan Tamil yg fasih dlm bahasa Melayu sbg bukti sekiranya beliau setuju.

“Kenyataan yg dibuat oleh Mohd. Fadil jelas menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai akal sihat. Katanya hanya akan memusnahkan hubungan antara kumpulan etnik dan tidak akan mendatangkan faedah kepada Malaysia.

“Dia harus ingat bahawa generasi baru Malaysia tidak lagi menerima pemimpin yg berfikiran sempit dan rasisme. Pernyataan yg melampau dan perkauman merupakan salah satu sebab utama kekalahan Barisan Nasional (BN) dlm Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Malaysia adalah negara berbilang kaum. Gerakan menegaskan terhadap sebarang kenyataan yg akan menghancurkan keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #BAHASA #Bukti #fasih #Melayu #Pelajar #Sekolah #Tiada #tidak #vernakular

author
Author: 
    Download Family and Friends Alphabet Book
    Click the cover page to download Family and Friends Alphabet Book
    Misteri Kematian Artis Cantik Desy Nurhakiki, Overdosis Suntik Putih atau Serangan Jantung?
    slidegossip.com – Belum lama ini publik dikejutkan dgn berita kematian artis cantik Desy
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal

    Comments are closed.