
Biasa kita dengar penyanyi yg berkongsi cerita pelik saban thn sebelum menyertai pertandingan nyanyian umpamanya seperti Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza. Suatu masa dahulu kontroversi hebat pernah tercetus antara dua orang penyanyi wanita terkenal dan ternama tanah air yg berkaitan isu mistik dan misteri.
Menerusi edisi ke-33, Misha Omar mendedahkan dia hampir gagal membawa lagu nyanyiannya, Sampai Bila dgn baik semasa pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yg berlangsung pd Ahad.
Misha Omar mengakui dia terbuai dgn emosi sepanjang waktu latihan sehingga gagal mendapat prestasi nyanyian yg dimahukannya.
“Sejujurnya saya terlalu larut dlm emosi semasa sesi latihan sehingga gagal mengimbangkan kualiti nyanyian, hanya pd malam ini saya berjaya mendapat kualiti nyanyian yg dimahukan.
“Malah saya turut berkongsi dgn komposer lagu ini dimana saya rasa terganggu dgn banyak perkara yg saya sendiri tidak pasti tentang apa,” kata Misha kepada mStar Online.
Dalam pd itu, di hujung persembahannya di pentas AJL itu juga menyaksikan Misha menitiskan air mata. Malah dia turut mengakui tidak dapat menahan sebak semasa menyampaikan lagu ciptaan Sharon Paul, Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri itu.
Tags: #Banyak #Bawa #bila #GAGAL #Gangguan #Hampir #Misha #Omar #pentas #Sampai #TERLALU