Teringin Nak Mkn Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yg Mudah.

Loading...

Untitled design 5 6 1 - Teringin Nak Mkn Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yg Mudah.

Masak apa pun sedap kalau ada sotong. Jangan biar dlm peti sejuk aje..Cuba masak cepat. Simpan lama hilang pulak kemanisan dan kesegarannya. Ni min kongsi 5 aneka sajian dr sotong utk dicuba.

Mudah aje masaknya. Tapi ingat tau, sotong ni jangan masak lama sangat, nanti liat pulak. Blh lah cuba resipi nih…

1. SOTONG TIGA WARNA

RAS 20180801 2 33TO38 PNA023062018017 4 - Teringin Nak Mkn Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yg Mudah.
BAHAN-BAHAN :

  • 4 ekor @ 250 gm

Bahan sos Cheong Zeng :

  • 300 gm tauchu
  • 120 gm bawang merah
  • 120 gm bawang putih
  • 40 gm cili padi
  • 400 gm cili merah
  • 120 gm cili boh
  • 120 gm sos plum
  • 30 gm sos tiram
  • 90 gm halia
  • Gula secukupnya
  • 50 ml air

* Dikisar menjadi pes dan ditumis dgn minyak masak secukupnya. Masukkan dlm satu bekas.

Bahan sos Ceng Poa :

  • 200 gm cili boh
  • 60 gm bawang besar
  • 60 gm bawang putih
  • 40 gm cili kering
  • 40 gm cili padi
  • 40 gm tauchu
  • 40 gm asam jawa
  • 200 gm sos tomato
  • 200 gm sos cili
  • 10.air putih.80 gram
  • 80 ml air

* Dikisar menjadi pes dan ditumis dgn minyak masak secukupnya. Masukkan dlm satu bekas.

CARA MEMASAK :
1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dlm periuk atau kuali.
2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air .
3. Apabila mendidih blh diangkat dan pdmkan api
4. Sajian siap utk dihidang

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian China
Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dgn sotong
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF :

Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi utk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit utk mengelakkan ia menjadi liat.

2. SOTONG GORENG BEREMPAH KARI

Untitled design 8 10 - Teringin Nak Mkn Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yg Mudah.

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 ekor sotong bersaiz besar
  • 3/4 sudu mkn serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar |- di hiris bulat (kalau guna bawang holland lagi sedap)
  • 2 biji cili masak – dihiris kasar
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat
2. Gaul dgn serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam kemudian perap dlm beberapa minit.
3. Panaskan minyak ke dlm kuali dan masukkan sotong yg telah diperap gaul .
4. Biarkan sebati dan apabila hampir masak masukkan bawang besar dan cili masak.
5. Akhir sekali tambah garam secukup rasa, kacau dan biarkan sekejap .
6. Sajian siap dihidang

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 5 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Mknan laut
Keistimewaan : Manis dgn rasa rempah kari yg lazat
Kos masakan : RM 15

3. KETUPAT SOTONG

Untitled design 7 12 - Teringin Nak Mkn Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yg Mudah.

BAHAN-BAHAN :

  • 5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
  • 1 cawan beras pulut
  • 1/2 cawan setengah santan
  • 6 ulas bawang merah | dimayang
  • 2.5 sm halia | dimayang
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 batang serai | diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pd badang sotong
2. Beras pulut dibasuh dan rendam dgn sedikit santan dlm sejam.
3. Isikan beras pulut dlm badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dgn lidi atau pencungkil gigi.
4. Rebus sotong dan santan cair sehingga sotong menjadi kembung, Masak dgn api perlahan.
5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit.
6. Sajian siap dihidang.

Saiz hidangan : 7 orang
Masa memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Inti pulut di dlm menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
Anggaran kos : RM 35

INFO CHEF : Pastikan dakwat dibuang utk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama utk mengelakkan ia menjadi liat.

4. SOTONG MASAK HITAM BLC

Untitled design 4 14 - Teringin Nak Mkn Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yg Mudah.

Bahan-bahan :

  • 6- 7 ekor sotong saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih /ditumbuk
  • 1/2 inci halia /ditumbuk kasar
  • 1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar /dihiris bulat
  • 2 – 3 batang cili hidup/ padi
  • 1 batang serai /diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara memasak :
1. Potong sotong bulat-bulat dan bersihkan mcm biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lps tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dgn garam secukup rasa.

Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian Johor
Keistimewaan : Cukup kaya dgn rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yg sedap .
Anggaran kos : RM15

INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih drpada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.

5. SINGGANG SOTONG

Untitled design 6 15 - Teringin Nak Mkn Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yg Mudah.

BAHAN-BAHAN :

  • 10 ekor sotong
  • 2 sm lengkuas/ dihiris
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 biji bawang besar sederhana/ dihiriskan
  • 3 ulas bawang putih/ dihiriskan
  • 4 batang bendi/ dipotong dua
  • 3 biji cili padi
  • Air secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan di atas ke dlm periuk kecuali sotong dan bendi.
2. Masukkan anggaran dua mangkuk kecil air dan biarkan ia mendidih.
3. Masukkan bendi, cili padi dan sotong.
4. Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
5. Masak selama lima minit dan singgang sotong siap dihidangkan

INFO CHEF: Seperti juga masakan lain, sotong jangan dimasak lama, cukup sekadar lima minit utk mengelakkan ia menjadi liat.

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan :Sajian yg sungguh menyegarkan, ringan dan tidak berminyak dan tiada santan atau rempah.
Anggaran kos : RM 25

Loading...

Tags: #Aneka #Mudah #Sajian #sotong #Sotong…Ni #Teringin

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.