Terdapat Enam Cara Mulakan Bisnes Dgn Modal Kecil

Loading...

Terdapat Enam Cara Mulakan Bisnes Dgn Modal Kecil | Wang adalah alasan yg salah utk memulakan bisnes. Atau, tidak memulakan bisnes. Wang bukan punca utama.
https://sembangggsembanggg.blogspot.com/2016/01/fizo-omar-tak-layak-jadi-usahawan.html
Apabila seseorang kata dia ingin memulakan bisnes kerana ada wang, saya katakan fikir habis-habis. Banyak lagi cara utk “buat duit” tanpa buat bisnes. Satu cara yg lebih selamat ialah melabur dlm saham amanah. Ada yg kata ok ada yg kata tak ok, ok jom baca 6 cara utk mulakan bisnes dgn bermodalkan wang yg sikit.
Begitu juga apabila ada orang kata mereka tidak memulakan bisnes kerana tidak banyak wang. Banyak cara blh buat bisnes tanpa menggunakan wang yg banyak.
Bagaimana?

1. Mulakan secara separuh masa

Usah berhenti kerja utk memulakan bisnes. Mulakan dulu bisnes sewaktu bekerja. Untuk “set-up” bisnes, tak perlu berhenti kerja sepenuh masa. Gunakan waktu malam atau rehat utk buat bisnes. Sewaktu bekerja, anda tidak tertekan. Anda blh gunakan waktu ini utk berfikir dan merancang.

2. Mulakan bisnes dr rumah

Ramai orang memulakan bisnes dr rumah, dan apabila bisnes berkembang barulah berpindah ke ofis. Usah terikut-ikut dgn orang lain yg ghairah mempunyai pejabat besar pd awal bisnes. Hari ini, ramai orang menjadikan “Starbuck” atau “Coffee Beans” sbg pejabat.

3. Sewa peralatan, usah beli

Usah beli lori, sewa lori. Kos membeli sebuah lori blh mencecah RM100,000. Lori yg sama blh disewa dgn RM7,000 sebulan. Selepas beberapa bulan dan bisnes mula berkembang, barulah beli lori. Ketika itu kita sudah ada wang tunai yg lebih banyak berbanding tatkala mula berbisnes.

4. Beli barangan terpakai

Siapa kata nak mula bisnes mesti beli barangan baru. Meja dan kerusi terpakai jauh lebih murah dr perabot baru. Begitu juga laptop terpakai sudah cukup memenuhi keperluan bisnes kita pd peringkat permulaan.

5. Ikat perut

Sebahagian besar usahawan berjaya, ikat perut pd peringkat awal bisnes. Usah berlagak seperti jutawan belanja orang sana-sini. Sekiranya berjumpa orang di kedai mkn, biarkan dia bayar. Berhenti mkn di coffee house hotel lima bintang atau restoran mewah. Cukup mkn di gerai dan nasi bungkus saja. Mknan ini bukan saja sedap, tetapi murah – sesuai dgn bajet kita.

6. Berniaga pd bulan Ramadan

Orang mempunyai nafsu membeli yg tinggi pd bulan Ramadan. Berniaga pd bulan ini. Selain berniaga di bazar Ramadan, blh juga berniaga pakaian atau kuih raya. Kumpulkan keuntungan pd bulan Ramadan utk buka bisnes lain selepas raya!
Loading...

Tags: #BISNES #Cara #Enam #Kecil #MODAL #MULAKAN #Terdapat

author
Author: 
    Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh – PPBM
    Imej hiasan PETALING JAYA: Seorang pemimpin PPBM hari ini mencadangkan supaya kerajaanmewujudkan sistem
    Ternyata Sosok Ini yg Meminta Cut Meyriska dan Roger Danuarta Nikah di Medan!
    slidegossip.com – Akhirnya terungkap alasan pernikahan Cut Meyriska dan Roger Danuarta digelar di
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk

    Leave a reply "Terdapat Enam Cara Mulakan Bisnes Dgn Modal Kecil"