Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X

Loading...

000 1 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X


Assalamualaikum semua,


Dah lama update story pasal personal. Kali ni BBL nak share pengalaman pertama kali terbang dgn AirAsia X ke Osaka Jepun. Sebelum ni kerap jugak naik flight tapi setakat 1 – 2 jam penerbangan je. Paling lama pun flight dr Kuala Lumpur ke Kuching yg ambil masa 2 jam. 

Bulan Mei lps BBL & 2 orang kawan pergi holiday ke negara Jepun. Direct 6 jam 45 minit flight AirAsia X ke Osaka sekali sehari pukul 2 petang (waktu Malaysia). Satu lg flight transit kat Taiwan tapi ambil masa lama sikit. Actually excited sangat nak travel jauh ni sebab kiranya 1st time terbang jauh dr Malaysia. Wah gitu..

photo 2019 09 03 15 29 13 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X


Pukul 8 pagi kami dah gerak dr rumah ke KLIA. Biar sampai awal jangan lambat nanti kelam kabut susah. So ini process korang kena buat bila travel flight international

1. Check in flight kat apps atau self services kiosk
2. Print boarding pass atau print je siap-siap dr rumah. Standy 2 copies incase hilang ada backup pass
3. Print bag tag – 1 bag, 1 print tag
4. Check in luggage
5. Bawa pen 

Lega dah setel step atas. Nasib baik orang tak ramai sangat que. Oh ya, make sure kaunter check in betul antara negara ASEAN, Jepun, Korea, Australian & so on. Just tanya je ground staff korang kena que kaunter mana. 

Lepas tu pergi collect Roaming Man pocket wifi. Biasa la nak jimat better guna portable wifi je sebab blh share 3 4 orang compare beli sim kad. Tong-tong jimat duit sikit kan. BBL command anda amik Roaming Man. Lokasi kedai ni level 3, departure hall – belakang check in luggage baris Y. Blh sewa kat website ni. 

68392562 2491641410900366 7632097391105015808 n - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X


Sementara nak tunggu boarding time pukul 2 petang tu, kami double confirm balik hotel di Osaka. Ada problem sikit bila pihak hotel tetiba nak caj harga bilik double sedangkan dah book guna Booking.com. Nasib baik dpt contact customer services Booking.com & dorang mintak bayar mengikut harga tertera dlm email Booking.com tu. Lega setel..

cats - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X
spot wajib bergambar sebelum masuk ke border international departure


photo 2019 09 03 15 28 59 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X


3 jam sebelum waktu boarding pass, kami terus masuk. Setel check passport imigresen & periksaan keselamatan polis airport. Kemudian tunggu la waktu boarding. Lebih kurang pukul 1 lebih, pintu gate dah buka. Tunggu apa lg masuk dlm aircraft la. 

Nice betul seating kami 3 orang satu row betul-betul tepi tingkap. Oh kalu ada biasa naik flight domestik seating 3 kiri & kanan kan. Utk international seating 9 kerusi satu row. Kiri, kanan & tengah. Pishang sikit kalu dpt seating tengah kapal sebab tak blh tengok view luar kapal. Gituh. 

photo 2019 09 03 15 28 47 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X


Lebih kurang pukul 2 mcm kami terus berlepas menuju Osaka. Btw flight ni transit ke Osaka sebelum bonding ke Honolulu, Hawaii. Mula-mula perasan full house betul orang nak pergi Osaka ni. Rupanya flight ni pergi 2 destinasi. Hehehe

photo 2019 09 03 15 28 33 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X

Penumpang yg turun di Osaka, stewardess akan pass 2 borang – disembarkation card & custom declaration. Better isi siap-siap sebelum touch down. Make sure simpan elok-elok 2 borang ni utk memudahkan urusan imigresen nanti. 

photo 2019 09 03 15 28 43 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X
 borang disembarkation – detail pelancong
photo 2019 09 03 15 28 44 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X
borang pengisytiharan kastam

Off course tiap kali naik AirAsia memang BBL akan pre-order Santan meal siap-siap. Dah la  flight 6 jam non-stop memang kebulur kalu tak mkn. Favorite saya mestilah Nasi Lemak Pak Nasser tapi kali ni nak try rasa Nasi Ayam Uncle Chin. Dah siap mkn tu blh la dengar lagu atau tengok movie. Kalu tak, belek la buku magazine Travel360 sampai lebam. 

photo 2019 09 03 15 28 41 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X


Bayangkan 6 jam duduk dlm flight rasa bosan amat.. 2 jam pertama rasa fuh bestnya. Bila masuk 3 jam seterusnya rasa ya Allah lambat lg ke nak sampai. Tak sanggup dah duduk lama-lama ni. 

Tips terbang dgn AsiaAsia

1. Pre-book meals 
2. Pilih seat tepi tingkap
3. Subcribe Spotify premium, Apple Music atau Joox
4. Download movie dlm tab/telefon

Alhamdulilah lps dekat 7 jam dlm kapal terbang akhirnya mendarat kat Kansai Interternational Airport (KIX). Waktu Jepun awal sejam dr Malaysia. So kami sampai around 11 malam. 

photo 2019 09 03 15 28 37 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X
hello Osaka!
photo 2019 09 03 21 23 02 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X
unik kat Jepun, chop imigresen guna sticker tau
Bukan typical chop mohor biasa spt negara lain

Tunggu luggage keluar dr aircraft pun ambil masa jugak. Kitaorang sebenarnya terkejar jugak nak pergi collect subway pass..malangnya kaunter tu dah tutup. Sob sob

Terpaksa la tidur kat airport. Since dlm kapal terbang tadi dah byk kali tertidur, susah sikit nak lelap mata. Apa lg, pakat pusing KIX tu. Dlm ni ada McDonalds, Family Mart & kedai serbaneka 24 jam. Jangan risau kalu lapar, blh pergi FM je. Haven giler masuk FM Japan, byk betul barang dorang jual. Bab mknan BBL pilih vegetarian je sebab tak sure halal atau tak. 

cats 1 - Terbang Ke Osaka Jepun Dgn AirAsia X
muka sedih kena tidur kat airport.. nak bantal.. nak mandi please..

Kat sini korang blh je baring tidur atas kerusi sebab sebelah lewat malam tak ramai pun orang. BBL tengok ramai je orang tidur mcm tu. Mostly tourist yg stuck sebab touch down awal pagi. Sambil tu blh tengok abang cleaners bersihkan airport. Kalu blh cari kerusi dekat dgn charging port. Blh la charge telefon & bateri dulu. 

Okay BBL citer sampai sini dulu. Tunggu next entri Hari Ke 2 saya kat bumi Osaka..

Loading...

Tags: #AirAsia #Jepun #Osaka #Terbang

author
Author: 
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

    Comments are closed.