Terasa Nak Merendang , Jom Cuba 4 Resipi Mok Teh.

Loading...

Untitled design 52 1 1 - Terasa Nak Merendang , Jom Cuba 4 Resipi Mok Teh.

Jika anda singgah ke Pusat Bandar Wangsa Maju, jangan lupa cuba sajian di Restoran Mok Teh. Menu istimewanya sajian Terengganu, tapi  pemiliknya Mok Teh pun hebat masak sajian nogori warisan dr ibu mertuanya.

Rendang air tangannya sedap tak terperi, ala nogori. Istimewanya bahannya ringkas aje. Jom semak, blh masak hujung minggu ni…

  1. RENDANG AYAM CILI API

Untitled design 30 8 - Terasa Nak Merendang , Jom Cuba 4 Resipi Mok Teh.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam| dipotong 12
  • 1 kilo santan

BAHAN A

  • 30 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup

BAHAN B

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 7 batang serai |diketuk
  • 2 asam keping
  • 3 helai daun kunyit
  • 1 sudu kerisik
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12.
2. Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam.
3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis.
4. Kesemuanya dimasukkan ke dlm bersama ayam tadi.
5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam.
6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yg dihirs halus.

Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak

2. RENDANG ITIK

Untitled design 46 2 - Terasa Nak Merendang , Jom Cuba 4 Resipi Mok Teh.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor itik salai |dpotong 12

  • 1 kilo santan

BAHAN A

  • 20 biji cili api
  • 5 sudu cili boh
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 batang serai

BAHAN B

  • 5 batang serai |diketuk
  • 2 asam keping
  • 3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
  • 1 sudu mkn kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Daging itik dipotong 12 dan dimasukkan kedalam kuali.
2. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
3. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yg dicarik carikkan.
4. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan B yg lain.
5. Masak sehingga agak kering.

Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
Anggaran kos: RM30

3. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG

Untitled design 51 2 - Terasa Nak Merendang , Jom Cuba 4 Resipi Mok Teh.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat pucuk ubi | pilih yg muda , basuh dan toskan
  • 2 kilo santan
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam cili api
  • 3 inci kunyit
  • 5 ulas bawang merah |dihiris nipis
  • 5 batang serai | dititik
  • Garam
  • Asam keping

CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yg dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan

INFO : Terpulang kepada anda, sekiranya suka mkn yg garing blh masak sehingga garing.

Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak

4. RENDANG CAMPUR MAMA

Untitled design 32 9 - Terasa Nak Merendang , Jom Cuba 4 Resipi Mok Teh.

BAHAN A – CUCI DAN TOS

  • 250gm daging
  • 250gm paru paru
  • 250gm limpa
  • 250gm jantung
  • 250gm hati

BAHAN B – KISAR

  • 250gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 10 batang serai
  • 50 gm halia
  • 75gm lengkuas
  • 50gm kunyit
  • 100g cili api | ikut kepedasan yg diingini
  • 100g cili boh| ikut kepedasan yg diingini
  • 2 kilo santan
  • 2 sudu mkn kerisik
  • 5 batang serai |diketuk
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit gula merah

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dlm kuali dan panaskan
2.B ila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping, serai ketuk dan kerisik.
3. Kemudian masukkan garam dan gula merah. Masak sehingga kering, gunakan api perlahan dan sering kacau.
4. Rendang siap dihidang.

Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak

RESIPI : Zunita Adibah bt Mohamed Adib @ Mok Teh
TERIMA KASIH : Restoran Mok Teh Nasi Dagang
Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Komen anda

Loading...

Tags: #Cuba #Merendang #Resipi #Teh. #Terasa

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Terasa Nak Merendang , Jom Cuba 4 Resipi Mok Teh."