Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni

Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni | Biasalah hidup ni tak selalunya ceria, kadang-kadang ada suka, kadang-kadang berduka. Kita tak blh biarkan diri tu sedih atau kecewa berpanjangan, tak elok utk kesihatan diri korang tu. Apabila ada perasaan seperti tu, kita sepatutnya bijak mengatasi perasaan negatif itu drpada berlanjutan. Jika masalah seperti ni masih berlarutan, mungkin akan memberi kesan lebih buruk kepada diri korang tu. Guys, life must be go on. Cerita yg lepas usah dikenang lagi.
TengahBBersedihBAmalkanBTipsBNi - Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni
No sedih-sedih ok. Ni saya nak kongsi tips dgn korang bila korang bersedih.
1. Latih Minda Lupakan Kenangan Pahit
Perasaan sedih dan kecewa biasanya dikaitkan apabila kita sentiasa teringat kembali kenangan silam yg pahit ataupun yg menyedihkan. Kisah yg lalu, biarkan ia berlalu dan jangan dikenang. Iye saya tahu, bukannya mudah nak lupakan semua tu. Semuanya ambik masa nak lupakan semua tu. Tapi kalau korang masih teringat-ingat semua kisah lalu siapa yg sakit hati? Bukan ke Kita kan. Orang tu pulak tengah bergembira. Korang kena tekad utk lupakan semua perkara yg berlalu dan perlu fokus utk masa depan. 
2. Buang Sikap Risau
Perasaan risau ni yg buatkan kita rasa tak tentu arah dan sedih. Korang kena buang jauh-jauh sikap tu kerana ia memberi kesan buruk pd kesihatan dr segi fizikal dan mental. Cuba belajar utk bertenang dan latih diri mengawal emosi.

3. Belajar Bersyukur
Apa yg kita ada, kita kena bersyukur. Ucapkan syukur tu dgn hati yg ikhlas. Mungkin dgn cara ni akan membantu korang utk lebih menghargai. Biarlah ucapan syukur tu meresap ke dlm diri dan menjadikannya satu kebiasaan.
4. Belajar Jadi Pemaaf
Bila kita belajar memaafkan orang yg pernah buat salah dgn kita, kita akan dapat membersihkan hati drpada perasaan dan emosi yg negatif. Rasa kecewa kita akan bertambah apabila kita tidak dapat memaafkan kesalahan diri dan juga orang lain. Kita perlu terima hakikat bahawasanya, tidak ada insan yg sempurna di dunia ni. Jadi, cuba belajar memaafkan dan kembalikan ketenangan dlm diri.
5. Senyum dan Ketawa
Senyum dan ketawa ni merupakan pengubat hati yg duka lara. Cuba hiburkan hati korang dgn melakukan aktiviti-aktiviti yg dapat melupakan kesedihan korang tu seperti peegi bercuti dgn kawan-kawan dan korang juga perlu berada bersama dgn mereka yg sentiasa positif dan bukannya menambahkan tekanan yg sedia ada.

6. Bina Minda Positif
Ada ketika memang ada perkara yg tak mungkin blh kita elakkan dan mungkin perkara tu membuatkan kita lebih sedih dan kecewa. Namun, korang cuba alihkan perasaan negatif tu dan cuba fikirkan yg baik-baik saja.
7. Cekalkan Hati
Semua perkara memerlukan kesabaran dan kecekalan hati yg teguh. Oleh itu, bentuk jiwa korang supaya mempunyai kesabaran yg tinggi dan dapat mengawal emosi serta menerima dgn redha. Ada kalanya dugaan yg dihadapi adalah utk menguatkan lagi semangat dan menjadikan diri kita lebih matang utk menempuh hari-hari yg mendatang.

Loading...

Tags: #Amalkan #Bersedih #Tengah #tips

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni"