Telur Dadar BerCheese

telur dadar4 1 - Telur Dadar BerCheeseTelur..sudah semestinya menjadi kegemaran anak-anak. Telur dadar yg dibuat ini diletakkan cheese dan dijadikan juadah sarapan pagi utk anak-anak sebelum pergi ke sekolah..Resepinya amat mudah utk disediakan..

Bahan-bahan:

6 biji telur
1 biji bawang besar ~ belah 2 dan hiris nipis
10 biji bebola ikan(fish ball) ~ hiris nipis (boleh juga menggunakan bahan lain seperti dada ayam, daging ataupun sosej)
Keju secukupnya ~ cheddar ataupun mozzarella
Garam
Minyak.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, goreng bawang yg telah dihiris sehingga garing dan diangkat.
2. Kemudian gorengkan pula bebola ikan(fish ball) sehingga masak dan diangkat.
3. Didalam 1 bekas, pecahkan telur dan masukkan bawang, fish ball dan garam secukup rasa. Pukul telur bersama bahan-bahan sehingga sebati.
3. Panaskan minyak didalam kuali, apabila minyak sudah panas masukkan telur dan biar sehingga separuh masak.
4. Taburkan keju/cheese cheddar/mozzarella secukupnya diatas telur tersebut.
5. Masukkan telur ke dlm oven dan masak sehingga telur masak dan keju cair. Dgn suhu 200’C selama 5 ke 10 minit. Ataupun tutup kuali dgn menggunakan penutup yg sesuai dan biarkan telur masak atau sehingga keju cair
6. Sedap dimakan bersama cili sos.
** Blh mempelbagaikan bahan dgn menambah seperti daun sup, daun bawang dan juga cili besar.

telur dadar - Telur Dadar BerCheeseTelur yg telah siap utk digoreng..

telur dadar1 - Telur Dadar BerCheese Telur telah separuh masak dan ditaburkan dgn cheese..

telur dadar2 - Telur Dadar BerCheese Dimasukkan ke dlm oven utk masakkan bahagian atas dan mencairkan cheese..

telur dadar3 - Telur Dadar BerCheeseSudah masak dan sedia utk dihidangkan..

Loading...

Tags: #BerCheese #DADAR #TELUR

author
Author: 
    RESEP SUP BIHUN [CHINESE STYLE]
    1/2 bungkus Bihun (cabe brand) 6 biji Udang (bersihkan kotoran,jangan buang kulitnya) 250gram
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Telur Dadar BerCheese"