Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Loading...

Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Seronok melihat orang bercuti bersama kawan kawan perempuan. Saya sebetulnya tidak pernah pergi bercuti tanpa suami dan anak anak kecuali sekali sahaja bersama geng mak cik MLM ke Surabaya suatu ketika dahulu. Entah kenapa saya tidak selesa bercuti tanpa famili sendiri. 
Sejak di universiti pun, saya tiada ramai kawan. Saya hanya menpunyai dua orang kawan baik yg sama sama ke kuliah dan sama sama utk turun ke dewan mkn. Kalau keluar ke mana mana mesti bersama suami yg ketika itu boyfriend saya. 

Sebaik tamat pengajian juga hidup saya hanya lah famili sahaja. Saya tiada kawan pejabat yg rapat. Macam mana nak ada kawan rapat, sedangkan saya tidak pernah keluar mkn tengahari, apalagi mahu meronda ronda di Jalan TAR. Bukan lah langsung tak pernah, ada lah juga sekali sekala keluar mkn tapi blh dikira sepanjang berpuluh thn saya bekerja. Mungkin dua atau tiga kali dlm setahun. Jika saya mahu keluar ke Sogo atau Jalan TAR, biasanya suami akan datang membawa saya ke tempat yg ingin saya pergi. 

Saya ada beberapa orang teman bicara sahaja yg mana saya berhubungan melalui WhatsApp selain group WhatsApp dgn rakan sekolah dan rakan universiti. Merekalah tempat saya mendapatkan idea atau meminta pendapat saat saya memerlukannya. Itu pun hanya beberapa orang sahaja yg saya percayai.

Bila anak anak dah besar, mereka lah teman bicara saya. Tempat utk saya mendapatkan idea, tempat utk bergurau senda. Tempat utk saya melepaskan perasaan juga. Juga menemani saya keluar mkn atau bercuti. Hmm bayangkan betapa anti social dan lonely hidup saya. 

Jadi bila saya aktif dgn blog dan Instagram, saya tidak lagi kesunyian kerana saya menpunyai ramai kenalan alam maya yg sentiasa menemani saya dgn komen komen dan message yg ditinggalkan. Tapi utk muncul di event event, saya agak keberatan. Itulah sebabnya banyak tawaran utk kemunculan di majlis majlis yg terpaksa saya tolak. 
Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Hari ini saya mahu share resepi yg paling mudah dan palin cepat disediakan. Kebetulan kami kalau di rumah, tiada lauk dan rasa malas utk memasak, telur dadar lah penyelamatnya. Cuma bezanya hari ini ialah telur dadar versi Indonesia. 

Biasa jumpa telur dadar macam ini jika mkn di restoran nasi pdng. Dikenali juga sbg Indonesian omelete. Saya pula memang suka daun kunyit. Jadi ngam sangat lah. Hmm serius sedap telur dadar ini, gebu gebas gitu. 

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba..

Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Telur Dadar aka Indonesian Omelette
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 biji telur 
1 sudu besar tepung beras – bancuh dgn 1 sudu besar air
Daun bawang – hiris
Daun kunyit – hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam

Bahan tumbuk:
1 ulas bawang putih
1-2 ulas bawang merah

3 tangkai cili api merah

Cara cara:
Larutkan tepung beras dgn air, garam dan serbuk kunyit. 

Masukkan bahan tumbuk, daun bawang dan daun kunyit yg dihiris.  
Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Masukkan telur dan dipukul serta dikacau rata. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.  
Telur Dadar aka Indonesian Omelette

Loading...

Tags: #DADAR #Indonesian #OMELETTE #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Telur Dadar aka Indonesian Omelette"