Telemovie Titi Kayu | Cerekarama TV3 : Semalam ada tak yg menonton cerekarama berjudul Titi Kayu lakonan Pengarah Michael Ang dan Syed Ali Murtadha. Cerekarama kali ini ditayangkan sempena Thn Baru Cina. Serius sedih telemovie yabg ditayangkan semalam. Banyak pengajaran yg kita perolehi drpada menonton drama tersebut. Bahagian penamat cerekarama tersebut memang meruntum jiwa penonton. Terlepas menonton semalam, booeh singgah fanpage cik akak.

Titi Kayu Cerekarama TV3 – Kisah Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yg bersahabat baik dgn seorang kanak-kanak, Umar. Alim sangat disenangi penduduk kampung yg majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.
Walaupun sudah berusia 35 thn, dia bersahabat baik dgn Umar yg baru berumur 9 thn. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dgn sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yg agak jauh setiap hari utk menemui Umar.
Alim dan Umar memikirkan alternatif utk membina sebuah titi kayu utk menyeberangi sungai yg memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh utk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yg lama.
Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad utk membina titi kayu itu dgn tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.
Tags: #Cerekarama #Kayu #Telemovie #Titi