Telefilem Benua (TV1) | MyInfotaip


Telefilem Benua TV1 MyInfotaip - Telefilem Benua (TV1) | MyInfotaip

Saksikan telefilem genre sains fiksyen berjudul ‘Benua’ bersiaran pd Sabtu ini, 1 Februari ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.

TAJUK : BENUA

WAKTU TAYANGAN : Sabtu, 1 Februari 2020, 9:00 malam  

SALURAN TV : TV1 (Panggung RTM)

PENGARAH : Roshfaizal Ariffin

TERBITAN : #fictionshortfilm

PELAKON : Nadia Najwa, Alif Hadi, Ayez Shaukat Fonseka Farid, Zaidie Rustam, Najah Hassan, Nurul Sofia

SINOPSIS BENUA

Plot drama yg disampaikan menggunakan teknik “kembali ke masa hadapan” (back to future) ini cukup ringkas tentang seorang askar tentera bersekutu dr thn 2070 telah dihantar ke bumi pd thn 2020 utk memusnahkan BENUA. Projek BENUA bermaksud Base Electronic Network Unifying Algorithmn, dihasilkan bg mengatasi masalah pembaziran sumber akibat pengurusan yg tidak cekap yg berlaku di bumi. BENUA menjadi rebutan kerana dptmenjana pendapatan namun hakikatnya ia membawa kesan negatif kepd dunia akan datang.

Kisah berlaku pd thn 2070 dimana bumi telah musnah kerana kehabisan sumber alam semula jadi spt air, tumbuhan dan binatang akibat projek BENUA yg dibangunkan bg mengelak pembaziran. Menggunakan teknik kembali ke masa hadapan, OMMA seorang askar Tentera Bersekutu dr thn 2070, telah dihantar kebumi pd thn 2020 bg memusnahkan BENUA.

BENUA adalah sebuah mesin yg direka oleh seorang pelajar bernama EDAN bg menguruskan pembaziran sumber yg berlaku dibumi terutama oleh manusia. SOFEA jatuh hati pd EDAN kerana keihklasan dan kebijaksanaan pemuda itu dan bergabung melaksanakan BENUA.

Dato Ahmad seorang jutawan robotik juga berminat mendapatkan BENUA utk tujuan komersil. Beliau telah mengajak EDAN bekerja dgnnya dan membayar gaji yg lumayan. Walaubagaimana pun setelah sedar akan kebaikan SOFEA, EDAN kembali semula bekerja dgn SOFEA.

Dlm pergelutan mendapatkan BENUA, Dato Ahmad secara tidak sengaja telah membunuh EDAN. SOFEA meneruskan projek BENUA dr thn 2050 sesehingga thn 2070. Akibat terus menggunakan BENUA, sumber dibumi makin pupus. Dato Ahmad dr tentera bersekutu yg sedar akan kesilapannya telah menangkap SOFEA dan BENUA utk dimusnahkan. Namun adakah usahanya itu berjaya? 


Loading...
author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Comments are closed.