Telefilem Arafah Papar Senario Semasa Masalah Sosial Negara; Keluarga Punca Segala-Galanya

TV3BCerekramaBTelefilemBArafah - Telefilem Arafah Papar Senario Semasa Masalah Sosial Negara; Keluarga Punca Segala-Galanya

Telefilem Arafah telah ditayangkan dlm Slot Cerekarama TV3 pd 11 Ogos 2018. Telefilem ini mendapat sentuhan pengarahan Raja Mukhriz ini merupakan idea asal pelakon utamanya sendiri, iaitu Nabila Huda.


Telefilem Arafah mengetengahkan tema kepincangan keluarga sbg wadah utama pengisian plot cerita. Arafah terhasil menerusi hubungan sebelum nikah. Anak yg tidak diinginkan ibu, dan pergolakan yg berlaku dlm rumah tangga sehingga mengakibatkan perceraian.


Arafah dihantar tinggal di kampung bersama nenek sebelah ibu. Jarang dikunjungi ibu bapa, setahun hanya sekali dan sekadar memberi beberapa helaian pakaian. Ibunya hidup bebas bertukar lelaki tanpa ikatan sah. Ayahnya bertukar isteri silih berganti.


Arafah pincang kasih sayang ibu bapa. Arafah lemas dlm pergolakan rumah tangga ibu ayah. Kisah hidup Arafah yg berikutnya juga agak tragis. Berkahwin tetapi ditakdirkan dgn lelaki kaki pukul dan penagih. Berkahwin semula, bahagianya seketika sebelum suami berubah menjadi pemalas dan mencekik duit hasil titik pelh isteri.


Banyak mesej yg diperoleh drpada telefilem ini. Terlalu banyak masalah sosial yg dihimpunkan dlm durasi dua jam telefilem Arafah. Malangnya, semua yg berlaku dlm telefilem ini bukan rekaan semata-mata, hakikatnya benar-benar berlaku.


Menyedihkan bilamana, di sekolah tempat Muz mengajar sendiri ada banyak kes seumpama ini, ibu membawa anak ketika bekerja sbg pelayan, lelaki silih berganti datang ke rumah tanpa anak mengenali mana satu ayahnya, budak-budak remaja jadi ejen jual dadah, flat PPR jadi sarang penagihan, lebih parah sudah lebih drpada seorang sudah melahirkan anak meski belum tamat SPM, dan terkini terdengar pula remaja lelaki yg belumpun di Tingkatan 5 sudah melanggan pelacur dgn harga RM40. Ya, generasi hari ini benar-benar parah.

Loading...

Tags: #Arafah #Keluarga #Masalah #Negara #Papar #Punca #SegalaGalanya #Semasa #Senario #Sosial #Telefilem

author
Author: 
    Ini Video Rasmi Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina
    Beberapa keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar
    “Dia Ada Dua Ibu, Doa Ibu Yg Hebat.” – Rata-Rata Puji Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama Laudya Cynthia Bella.
    Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang
    Alamak! Misai Dah Tumbuh La. Ini Jawapan Bersahaja Dari Nur Sajat Apabila Ditanya Tentang Bulu Halus Di Atas Bibir Montok Beliau.
    Ramai peminat terkejut,Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap peny4kit
    Rock Bro! Full Movie
    Rock Bro! merupakan sebuah filem arahan Mamat Khalid yg dibintangi oleh Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi

    Leave a reply "Telefilem Arafah Papar Senario Semasa Masalah Sosial Negara; Keluarga Punca Segala-Galanya"