KUALA LUMPUR 19 Mac – Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan perkara yg sebenar kepada masyarakat bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) telah lama diiktiraf dan lpsan sijil itu layak utk mengikuti beberapa program pendidikan negara.
Ketua I Gabungan Penulis-Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, kaedah penyampaian Kementerian Pendidikan perlu diperbaiki supaya orang awam tidak keliru dgn program atau dasar pendidikan negara.
“Kementerian Pendidikan selama ini tidak menjelaskan secara terbuka kepada orang awam, itu yg ramai meletup.
“Gapena pun pd mulanya membantah tetapi selepas mengetahui perkara sebenar drpada pegawai kementerian sendiri, akhirnya kita faham dan terima,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata beliau, kekeliruan itu timbul kerana kerajaan ketika ini sedang mempertimbang utk mengiktiraf UEC sbg syarat am kelayakan utk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan berkhidmat sbg kakitangan kerajaan.
“UEC sebenarnya telah diiktiraf oleh kerajaan dahulu utk permohonan menjadi guru bahasa Mandarin sahaja dan pengiktirafan itu mempunyai logik yg blh diterima pakai.
“Lepasan UEC memang belajar dlm bahasa Mandarin sbg bahasa pengantar utama, jadi memang kena pd tempatnya utk mereka memohon menjadi guru bahasa tersebut,” katanya.
Program ini telah mula pd thn 2005 selama tiga semester sebelum struktur kurikulum PPISMP berubah kepada dua semster yg telah berkuatkuasa mulai Jun 2013. – UTUSAN ONLINE
Tags: #Buat #GAPENA #Kepada #lpsan #Penjelasan #Perlu #PISMP #tawar