Tauhu lembut hitam putih

038 1 - Tauhu lembut hitam putih
Assalamualaikum

Selamat Datang ke Dapur Maklang

Dua tiga hari lepas, maklang mencipta resepi…he..he…biasalah tu. Kadang boring buat ini dan itu, mulalah maklang cuba campak2 bahan sambil berdoa moga jadi sedap…Alhamdulillah kali ini berjaya jugak laa…Kalau nak rasa, cubalaa…:)

Bahan2nya:

6 tiub tauhu lembut ( Jepun) dipotong setebal 1 inci dan digoreng sehingga agak kuning
1 labu bawang besar di hiris
1 biji lada merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
4 ekor sotong dihiris setebal 1.2 inci
1 biji lobak merah di sagat kasar
1/2 sdt serbuk lada putih
1/2 sdt serbuk lada hitam
1 sdb kicap masin pekat
1 sdb kicap kikkoman atau kicap cair
1/2 – 1 sdt gula
1/2 sdt minyak bijan
minyak utk menumis

Caranya:

1. Tumis kan separuh biji bawang besar, bawang putih dan lada merah.
2. Apabila agak garing, masukkan lada putih dan lada hitam.
3. Masukkan sotong dan goreng sebentar.
4. Masukkan tauhu dan lobak merah dan lebihan bawang hiris tadi.Kacaukan campuran.
5. Apabila sotong sudah masak, masukkan kicap masin dan kicap cair serta gula. Kacau rata. Hati2 jangan sampai tauhu nya hancur. Rasa masin dan manisnya. Titiskan beberapa titisan minyak bijan. Biarkan sebentar.
6. Angkat dan blh dihidangkan.

Semuga mendapat manafaat dr blog ini
Resepi yg terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga…Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #HITAM #Lembut #PUTIH #TAUHU

author
Author: 
    Indonesian Food Noodles with Egg INDOMIE – Cara masak Mie Instan Yang Enak
    Bantu mencapai 5000 Subscribe ya 😁 Klik Subscribe Gratis 😁 SUBSCRIBE ya mas/mbak
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a

    Leave a reply "Tauhu lembut hitam putih"