Tan Sri Razali Ismail

Loading...

download1 2 - Tan Sri Razali Ismail

Pada thn 1989, Tan Sri Razali dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan 77, yg dianggotai oleh 128 buah negara membangun. Beliau juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah International Peace Academy (1989-1990). Pd thn 1991, beliau dilantik sbg Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB(ECOSOC) dan bertanggungjawab terhadap usaha menggaitkan semula Majlis itu. Pd thn 1990 -1992, beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat United Nations Development Programme. Mulai Jun 1990, beliau telah dipertanggungjawab utk mengetuai delegasi Malaysia ke semua mesyuarat persediaan utk ‘Persidangan Rio’ iaitu mesyuarat yg membahaskan isu alam sekitar dunia yg berlangsung pd thn
1992.

Tan Sri Razali Ismail dilahirkan di Kedah pd 14 April 1939. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid dan Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum mendapat Ijazah Sarjana pertamanya dr Universiti Malaya. 30 thn perkhidmatannya telah dihabiskan dgn kementerian Luar. Perkhidmatannya yg bermula pd thn 1962 telah membawa beliau ke puncak tertinggi dlm dunia diplomatik sbg Presiden Majlis Keselamatan. Beliau merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan tersebut dan memulakan hari pertama tugas beliau dgn memakai baju Melayu lengkap bersongkok. Sebelum bersara dlm perkhidmatan diplomatik, beliau dilantik sbg penasihat Perdana Menteri dlm hal ehwal luar negara. Setiausaha Agung PBB turut melantik beliau sbg wakil khas PBB  ke Myanmar utk menyelesaikan kemelut dlman negara tersebut.

Tan Sri Razali telah memainkan peranan yg aktif dan berkesan mengetengahkan isu-isu yg penting bagi Malaysia dan negara-negara Selatan. Di persidangan tersebut juga, beliau berjaya menyelaraskan usaha bagi mencapai persetujuan menyeluruh dlm kalangan negara-negara Utara dan Selatan utk menubuhkan Suruhanjaya mengenai Pembangunan Lestari (Commission on Sustainable Development-CSD). Ketika perhimpunan Agung PBB ke -47 pd Disember 1992, Tan Sri Razali telah dilantik menyelaras pelbagai aspek utk melaksanakan tindakan lanjut yg perlu hasil persetujuan yg dicapai di Persidangan Rio termasuk usaha utk menubuhkan CSD. Beliau dilantik sbg Pengerusi pertama CSD pd 24 Februari 1993. Sbg menghargai usaha yg aktif dan berkesan di dlm isu ini, beliau telah diberi Anugerah Langkawi pd Oktober 1992.

Beliau terlibat dlm isu yg berkaitan dgn perdamaian dan keselamatan antarabangsa terutama dlm isu-isu tentang Ekonomi dan Pembangunan Antarabangsa, Alam Sekitar, Hak Asasi Manusia dan lain-lain di PBB. Memulakan khidmat di Kementerian Luar Negeri Malaysia pd 1962, serta memegang pelbagai jawatan di Wisma Putra dan berkhidmat di luar negeri, iaitu New Delhi(1963-1964),Madras(1964-1966) dan Paris(1966-1968). Beliau juga berkhidmat sbg Penasihat Kedutaan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London(1970-1972) dan Kuasa Usaha di Vientian,Loas(1974-1976) Razali dilantik menjadi Duta Malaysia ke Poland(1978-1982) dan Duta Malaysia ke India (1982-1985) sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri(1985-1988) dan banyak lagi.

Sebagai mengenang jasa, beliau dianugerahkan bintang Dato’ Setia Di Raja Kedah (DSDK)(1985) dan Panglima Setia Mahkota(ASM)(1991). Selepas bersara dr perkhidmatan diplomatik, beliau turut menyumbang kepakarannya apabila dilantik sbg Pengerusi Yayasan Salam, Pemegang Amanah dan Pengerusi Taman Wetland. Beliau turut menyumbang segenap pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada institut pengajian tinggi seperti Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) apabila dilantik menjadi Profesor Adjung.

Loading...

Tags: #Ismail #Razali

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Tan Sri Razali Ismail"