Tan Sri Prof. Emeritus Dr Ismail Hussein

TanSriProf.EmeritusDrIsmailHussein 1 - Tan Sri Prof. Emeritus Dr Ismail Hussein

1932
Tokoh pejuang Sastera dan Budaya Melayu ini memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Limau Dlm dan kemudian di Sekolah St. Michael sehingga ke Maktab Sultan Abdul Hamid. Pd thn 1955, beliau telah mendapat tawaran belajar di Jabatan Pengajian Melayu,Universiti Malaya. Beliau menamatkan pelajaran pd 1959 dan mendapat kepujian kelas pertama. Kejayaan membanggakan itu menyebabkan beliau mendapat tawaran utk meneruskan pelajaran ke peingkat Sarjana selama dua thn sebelum ke peringkat Doktor Falsafah di Universiti Leiden, Belanda dr thn 1961 sehingga 1964 ketika menjadi pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Sepanjang perkhidmatan beliau sbg pensyarah di Universiti Malaya, beliau memainkan peranan penting sbg seorang pendidik utk anak-anak bangsanya dan pd masa yg sama menjadi pejuang yg bercita-cita memartabatkan sastera dan kebudayaan Melayu.
Beliau begitu berminat melakukan kajian mengenai sastera lama seperti Hikayat Negeri Johor. “The Study of Tradisional Malay literature: a selected bibliography of traditional Malay literature” adalah hasil penelitiannya terhadap sastera Melayu. Sewaktu di Singapura beliau telah menghasilkan dua buah esei yg cukup penting tentang penulis-penulis dan kegiatan mereka di Singapura iaitu ‘Pengarang Melayu di Singapura Selepas Perang Dunia Kedua’ dan ‘Singapura Sbg Pusat Kesusteraan Melayu Selepas Perang’.
Beliau banyak menyumbang pemikiran tentang dunia Melayu dan kebudayaannya dlm pelbagai wacana ilmiah, penulisan dan seminar. Pd thn 1971, Universiti Malaya telah mengiktiraf beliau sbg Profesor Kesusteraan Melayu. Sejak itu, pelbagai jawatan dipikul oleh beliau, antaranya seperti, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu(1976-1980). Setelah itu, beliau beralih arah pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat sbg Pengarah Institut Bahasa dan Kebudayaan Melayu selama empat thn dr 1987sehingga 1993.

Ismail juga diberi kepercayaan apabila dilantik sbg Ketua Satu GAPENA sejak thn 1970-an. Selain itu, beliau juga pernah memikul tanggungjawab dan bertindak sbg Timbalan Pengerusi, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan menjadi salah seorang ahli panel Anugerah Sastera Negara, Majlis Penasihat Kebangsaan Berkaitan dgn kebudayaan, Majlis Buku Malaysia, Jawatankuasa Peyelarasan Bahasa Kebangsaan dan Jawatankuasa Penasihat Pusat Manuskrip Melayu.
Perjuangan Ismail tidak terhad kepada gerakan di dlm negara semata-mata, bahkan turut meliputi aktiviti di peringkat serantau seperti penganjuran simposium yg membabitkan penyertaan negara Asia Pasifik seperti Sri Lanka, Vietnam, Yunna-China, Afika Selatan, Mindanao-Filipina, Madagaskar, Thailand dan Arab Saudi. Malahan beliau turut menganjurkan Simposium Jaringan Melayu Antarabangsa, Simposium Melayu Sedunia di Shah Alam pd thn 1996, Persidangan Dunia Melayu di PWTC-Kuala Lumpur dan pertemuan Sasterawan Nusantara yg dianggotai oleh Brunie, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Terdapat beberapa penulisan beliau yg popular dan menarik ramai pembaca serta rujukan kepada penulis, seperti kepimpinan dlm Kubudayaan(1984), Cita-cita dan Perjuangan(1987) Antara Dunia Melayu dan Dunia Kebangsaan(1990), serta Dunia Melayu dan Dunia Indonesia(1995).
Pelbagai anugerah yg beliau terima sepanjang penglibatan dlm dunia sastera dan kebudayaan, antaranya:
  1. Darjah Setia Diraja Kedah oleh KDYMM Sultan Kedah (1980)
  2. Ijazah Kehormat Doktor Honoris Causa oleh Universitas Indonesia(1984)
  3. Gelaran Pendita dlm Simposium Dunia Melayu(1985) di Sri Lanka
  4. Darjah Panglima Setia Mahkota oleh DYMM Yg di Pertuan Agong(1993)
  5. Doctor Honoris Causa(1997) oleh Universiti Madagaskar
  6. Prof Emeritus pd thn 1997 oleh Universiti Malaya
  7. Bintang Datok Dharma Wangsa dr Istana Maimoon Medan dan bergelar Linggom Banua Melayu Dari Masyarakat Harahap Pdngsidempuan.
  8. Seri Wira Cendekia Mulia Kedah Darul Aman drpada DYMM Sultan Kedah pd 2002

Semua anugerah ini yg diterima olehnya adalah utk menghargai jasa beliau yg besar kepada negara terutama dlm pembangunan kesusteraan dan kebudayaan Melayu. 

Loading...

Tags: #Emeritus #Hussein #Ismail #Prof.

author
Author: 
    Puasa Daud Utk Kekayaan
    Puasa daud utk kekayaan wishnutama, puasa daud utk kekayaan sandiaga, puasa daud utk
    Puasa Pasaran Jawa
    Puasa pasaran jawa hari, puasa pasaran jawa bln, puasa pasaran jawa online, puasa
    Drama Pia Episod 8 – Episod 10
    Drama Pia Episod 8 – Episod 10 : Drama terbaru ganti drama Cinta Non
    Lirik Lagu Ramadhan Nasida Ria
    Lirik lagu ramadhan, lirik lagu ramadhan datang, lirik lagu ramadhan kurindu kang abay,

    Leave a reply "Tan Sri Prof. Emeritus Dr Ismail Hussein"