Tan Sri Dr. Zetti Akhtar Aziz

TanSriDrZetiAkhtar 1 - Tan Sri Dr. Zetti Akhtar Aziz
Tan Sri Dr Zeti Akhtar

1947

Y.M Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar Binti Ungku Abdul Aziz menjadi wanita pertama menyandang jawatan paling terkemuka dlm dunia perbankan negara iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia. Anak tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan tokoh budayawan negara, Sharifah Azah Aziz ini dianugerahkan dgn kebijaksanaan yg diwarisi drpada kedua orang tuanya menjadikan beliau seorang yg sangat berjaya dlm bidang yg diceburinya. Beliau juga digelar sbg pemimpin kewangan negara dan telah menjadi salah seorang wanita yg paling berkuasa di Malaysia.

Tan Sri Dr.Zeti dilahirkan pd 27 Ogos 1947 di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pd thn 1958. Seterusnya pd thn 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Analitikal kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dlm bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pd 1978.

Setelah tamat pengajian, beliau bertugas sbg penyelidik ekonomi di Pusat Latihan dan Penyelidikan Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pd thn 1979 sehingga 1984, kemudian dilantik sbg Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia. Dari thn 1989 sehingga 1994 Tan Sri Zeti telah dihantar ke London sbg Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London. Pd thn 1994 pula, beliau telah dilantik sbg Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

images1 - Tan Sri Dr. Zetti Akhtar Aziz

Tan Sri Zeti merupakan seorang yg amat komited dlm melaksanakan semua tugas yg diberikan kepadanya. Pelbagai jawatan yg dipegang menjadi bukti betapa kebolehan beliau dipercayai dan dikagumi oleh pelbagai pihak. Pd 1 September 1998, beliau telah dilantik sbg Pemangku gabenor Bank Negara Malaysia. Pd ketika itu, negara sedang menghadapi kemuncak krisis kewangan dan beliau telah mengetuai pasukan yg ditubuhkan oleh Bank Negara bagi melaksanakan kawalan pertukaran terpilih. Pd 1 Mei 2000, Tan Sri telah dipilih sbg Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan  mencatat nama sbg wanita pertama dilantik dlm jawatan tersebut. Beliau juga pernah menyandang jawatan sbg Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dr thn 1998 sehingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak thn 2004.

Hasil pentadbiran di Bank Negara, Malaysia berjaya menjalani pemulihan drpada krisis ekonomi yg melanda seluruh dunia lebih pantas drpada yg dijangka. Kewangan negara kembali pulih seperti sedia kala di bawah pentadbiran beliau hasil pelbagai strategi berkesan yg beliau perkenalkan- memberi impak positif kepada sektor ekonomi dan kewangan. Kepakaran dan kewibawaan bukan hanya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bahkan juga oleh dunia kewangan antarabangsa.

 Di bawah pentadbirannya juga, perbankan islam giat dipromosi di Asia Barat. Beliau sendiri mengakui bahawa industri kewangan islam menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan islam yg kompleks lagi canggih. Ketika bercakap dlm sidang kemuncak Kewangan Islam Thnan ke -8, beliau menyatakan tentang perlunya utk mengukuhkan kestabilan dan kedudukan sistem kewangan islam.

Diperingkat antarabangsa Tan Sri Dr Zeti Akhtar telah mendapat pengiktirafan sbg Gabenor Bank Pusat yg terbaik di dunia. Beliau sering diberi penghormatan utk diberi ucaptama di forum-forum kewangan antarabangsa sbg wakil asia. Malah, kumpulan G7 turut memberi pengiktirafan kepada beliau apabila diundang utk memberi taklimat mengenai perbankan Islam kepada pemimpin G7 di satu persidangan di Washington, Amerika Syarikat. Pd thn 2003, beliau telah terpilih sbg Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia dlm satu pungutan suara di kalangan penganalisis kanan bank-bank seluruh dunia ketika Mesyuarat Thnan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Dubai.

Pada thn 2004, Banker’s Magazine terbitan Financial Times:London telah menamakan Tan Sri Dr Zeti Akhtar sbg penerima anugerah Global Central Banker of the year. Beliau terus meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sbg Gabenor Bank Pusat yg terbaik di Asia pd thn 2008. Wang kertas terkini yg ditandatangani oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar.


Loading...

Tags: #Akhtar #Aziz #Zetti

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Tan Sri Dr. Zetti Akhtar Aziz"