Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

TanSriDr.JemilahMahmood 1 - Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood
Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

1961

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood telah mengangkat kerja-kerja kemanusiaan dan khidmat sukarela menjadi suatu komitmen yg menyeluruh dan mengatasi sempadan geografi. Melalui pertubuhan MERCY Malaysia, kerja-kerja sukarela yg dilakukannya memberikan tumpuan kepada pelarian mangsa perang dan mangsa bencana alam.

Beliau mengetui delegasi MERCY Malaysia utk memberi bantuan kemanusiaan bukan hanya dlm bentuk bantuan mknan, pakaian tetapi juga khidmat perubatan, malahan mendirikan klinik dan sekolah. Jasa beliau sangat besar sehingga secara tidak langsung telah mengharumkan nama negara di mata dunia. Tan Sri Dr Jemilah dan delegasi MERCY Malaysia antara yg paling banyak menyumbang dan menabur bakti di wilayah Acheh Darulsalam yg teruk dilanda bencana alam Tsunami, dgn mendirikan pusat Kesihatan, Pusat Perlindungan Awam dan memperbaiki banyak prasarana yg musnah. Sepanjang penglibatan di wilayah yg dilanda bencana itu, MERCY Malaysia berjaya menyelesaikan projek pembangunan dan pemulihan berjumlah RM18.5juta. Atas kesungguhan dan usaha gigihnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pernah melantik beliau sbg Chief Humanitarian Response Branch, United Nations Population Fund.

Dr Jemilah merupakan bekas pelajar Sekolah Perempuan Assunta, Petaling Jaya dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dlm Ijazah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya memperolehi Sarjana dlm bidang obstetrik dan ginekologi pd thn 1986. Beliau juga menjadi ahli Persatuan Obstetrik DiRaja UK pd thn 1991. Beliau pernah menjadi fellow Kolej Di Raja Obstetrik dan Ginekologi Uk pd thn 2004. Sekembalinya ke Malaysia, beliau terus dilantik sbg perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Kuala Lumpurdan berkhidmat sbg pensyarah Obstetrik dan Ginekologi di Falkulti Perubatan UKM sehingga thn 1995.

download 1 - Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

Dr Jemilah menjadi model “Doktor Tanpa Sempadan”. Biarpun wajahnya nampak lembut, tetapi hatinya waja bertenaga, tidak mengenal erti putus asa. Melalui MERCY, beliau bersama-sama menjalankan khidmat kemanusian bagi memberi harapan kepada mangsa-mangsa bencana dan mereka yg mengalami trauma. Pd thn 2008, beliau menjadi salah seorang drpada 16 orang yg terpilih sbg penasihat kumpulan kepada Central Emergency Response Fund.

Sumbangan dan jasa beliau telah mendapat perhatian pemimpin negara dan mendapat pengiktirafan dunia malah turut merangsang badan bukan kerajaan lain utk menyumbang dan memberi khidmat yg sama. Berdasarkan sumbangan itu, beliau dianugerahkan Dato’ Paduka Mahkota Perak(DPMP) drpada DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara(PJN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di-Pertuan Agong.  Disamping itu pd thn 2006 beliau merupakan penerima Anugerah Gandhi, King, Ikeda yg disampaikan oleh Martin Luther King Jr. International Chapel di morehouse College, Amerika Syarikat yg menghargai sumbangan terhadap kemanusiaan tanpa keganasan. Terkini beliau telah dipilih utk menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Agensi Sukarela Antarabangsa(ADRRN). Segala jasa dan perjuangan ikhlas beliau mendapat sanjungan dan pujian yg turut menjulang nama negara di persada antarabangsa.

Walaupun pernah mengalami pelbagai pengalaman ngeri sepanjang misi beliau khusunya semasa mengetuai misi kemanusian MERCY ke Iraq apabila beliau tercedera terkena tembakan sementara dua ahli kumpulan beliau terbunuh, namun tidak sedikit pun melahirkan rasa gerun dihati beliau malahan, Dr Jemilah masih tegar meneruskan bantuan kemanusian kepada sesiapa yg memerlukan.

Loading...

Tags: #Jemilah #Mahmood

author
Author: 
    Muat Turun English Language Management Guidebook (Primary & Secondary) terbitan KPM
    To ensure the smooth implementation of the curriculum, it is imperative for a
    Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
    Seringkali apabila berlakunya pemantauan akademik oleh Jemaah Nazir, antara perkara pokok yg disemak
    Syahrini Curhat dan Bilang Begini di Instagram, Kasih Kode Kesal Karena Reino Barack Pelit?
    slidegossip.com – Syahrini dikenal sbg salah satu artis papan atas yg memiliki byk
    Sudah Jatuh Tertimpa Tangga? Eksepsi Ditolak, Rey Utami dan Pablo Ditinggal Pengacara!
    slidegossip.com – Pasangan Rey Utami dan Pablo Benua bisa dibilang sedang apes. Seperti

    Leave a reply "Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood"