Tan Sri Dr. B.C. Sekhar

download 4 - Tan Sri Dr. B.C. Sekhar

1929 – 2006

Beliau dilahirkan pd 16 November 1929. Beliau telah memulakan kerjaya sbg pakar kimia di Institut Penyelidikan Getah Malaysia(RRIM) dan mengetuai pelbagai penyelidikan terutamanya perubahan fisio kimia dlm getah asli. Beliau telah berjaya menukar institut ini sbg  badan penyelidikan yg aktif berwibawa dan mempunyai kredibiliti.

Tan Sri Sekhar merupakan anak Malaysia pertama diberi kepercayaan utk memegang jawatan sbg Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia(RRIM) pd thn 1966 kemudian menjadi Ahli Lembaga
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Getah dan Penyelidikan Kawalan Getah. Di bawah kepimpinannya, RRIM dan agensinya iaitu Pusat Penyelidikan Getah Tun Abdul Razak di Hertford,Britian dan Lembaga getah Malaysia(MRB) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana kecemerlangan penyelidikannya, permodenan industri perladangan getah dan langkah promosi berterusan serta menarik masyarakat tentang penggunaan Getah. Disamping itu, beliau turut aktif menyumbang peranan dlm MARDI(Malaysian Agriculture Research and Development Institut) dan Pusat Perkembangan Getah Malaysia.

Tan Sri Sekhar adalah seorang yg bertanggungjawab mempekenalkan standard pengukuran Getah Malaysia melalui pemprosesan getah keping berkualiti sehingga berjaya mencipta nilai tinggi bagi komoditi tersebut dan mendapat permintaan di pasaran Dunia yg dikenali sbg SMR. Dlm kancah antarabangsa , nama beliau terkenal sbg pengerusi Lembaga Pembangunan dan Penyelidikan Getah Antarabangsa (IRRDB). Di bawah kepimpinannya, keahlian Lembaga ini bertambah dgn pesat. Organisasi ini juga terlibat melaksanakan pelbagai penyelidikan yg diperakukan dan diiktiraf. Idea dan kepintaran beliau dlm meningkatkan kualiti getah asli serta industri hilirannya serta daya kreativiti dan inovasi beliau berhubung kitaran semula kawasan getah (delink) dan penghasilan getah asli rendah protein yg berjaya menyelesaikan masalah alergik terhadap getah dan kain berasaskan getah.

Selain jasanya dlm perusahaan komoditi getah, beliau juga bertanggungjawab menyusun urus penubuhan Institut Pneyelidikan Kepala Sawit Malaysia(PORIM) dan menjadi pengerusi yg pertama. Sbg sebuah institut yg berasaskan penyelidikan,PORIM dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Bahagian Kimia dan Teknologi, Bahagian Biologi dan Bahagian Techo-Economi dan perkhidmatan Penasihat Teknik semasa di bawah selian beliau. Menteri Perusahaan Utama Dato’ Paul Leong melantik beliau sbg Pengerusi PORIM yg pertama dan Dr.C.C Webster sbg Ketua Pengarah PORIM yg pertama. Jesteru, beliau blh dikatakan sbg ikon penting dlm pembangunan kedua-dua komoditi utama tersebut.

Tan Sri Dr.B.C Sekhar telah dipilih sbg salah seorang saintis Asia paling efektif(1973) dan menerima anugerah Roman Magsaysay dr kerajaan Filipina. Yg di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran Tan Sri. Beliau meninggal akibat serangan jantung pd 6 September 2006 di Hospital Kallayappa, Chennai India ketika berusia 77 thn. Anak sulung beliau Datuk Vinod Sekhar telah membina monumen Tan Sri Dr.B.C Sekhar dan menubuhkan Yayasan Sekhar yg bergerak cergas di bidang sosial dan hubungan etnik.


Loading...

Tags: #B.C. #Sekhar

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Tan Sri Dr. B.C. Sekhar"