Tan Sri Abdul Samad Ismail

Loading...

TanSriAbdulSamadIsmail 1 - Tan Sri Abdul Samad Ismail

1924 – 2008
Pak Samad mula menempah alam pekerjaan dgn Utusan Melayu ketika berusia 16 thn setelah tamat Senior Cambridge di Singapura. Beliau telah dilantik sbg pengarang Berita Malai(1944) pd zaman Jepun pd usia 20 thn. Pd thn 1946,beliau dilantik sebgai penolong pengarah, Utusan Melayu dan pernah bertugas sbg wakil Utusan Melayu di Jakarta. Pd 1959, Pak Samad dilantik sbg pengarang pertama Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi Kumpulan akhbar The New Straits Times(NSTP) pd thn 1974, dan seterusnya sbg penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan dr thn 1984 sehingga beliau bersara pd thn 1988.
Seperti wartawan lain di era sebelum merdeka dahulu, Pak Samad turut bergelumang dgn kancah politik dgn menyertai Gerakan Angkatan Muda(GERAM) bersama-sama Abdul Aziz Ishak pd thn 1947. Pertubuhan ini kemudiannya bergabung dgn PUTERA pd zaman Jepun yg dipimpim oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmy dan All-Malayan Council of Joint Action(AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock. Pak Samad juga terlibat dlm dlm pakatan Anti-British League bersama-sama PB Sharma , J.J Putucherry, Devan Nair dan John Eber.
Sebagai seorang wartawan, beliau turut berjuang bersama Nasionalis dan pejuang kemerdekaan lain melalui tulisannya yg tersebar luas di Tanah Melayu. Pak Samad menjadi terkenal dan sering diminta memberi ceramah di kalangan penulis dan wartawan kerana beliau menjadi teladan terbaik utk menggariskan ciri-ciri profesionalisme dlm kewartawanan yg berkorban dan berdedikasi bagi manfaat orang lain melalui surat khabar pd setiap hari.

download 8 - Tan Sri Abdul Samad Ismail

Pak Samad turut menyertai rombongan ‘Tanah Melayu Merdeka’ yg pertama ke London (1953). Pembabitan Pak Samad dlm dunia politik secara aktif bermula pd pertengahan dekad 1950-an apabila beliau turut terbabit dlm penubuhan Parti Tindakan Rakyat(PAP) do Singapura pd 1954. Beliau kemudian menyertai dan memimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Singapura pd 1958.
Pak Samad menceburi bidang penulisan kreatif sejak zaman pemerintahan Jepun lagi. Cerpen ciptaan terawalnya dikumpulkan dlm antologi Mekar dan Segar(1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan(1963). Cerpen yg ditulis pd dekad 1960-an dan belum pernah tersiar sebelum itu, akhirnya dikumpulkan dlm 2 kumpulan peribadi yg berjudul Temasya Tinta(1967). Pak Samad merupakan penulis yg kaya dgn idea dan cukup prolifik ketika meniti zaman kemuncak kerjayanya dlm bidang penulisan. Dlm tempoh antara thn 1966 sehingga 1975, Pak Samad telah menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yg dihasilkan:
  1. Patah Sayap Terbang Jua(1966)
  2. Tembok Tidak Tinggi(1967)
  3. Kail Panjang Sejengkal(1967)
  4. Detik-Detik Cemas(1969)
  5. Hussen Zet(1960)
  6. Sutinah(1975)

Beliau turut menjadi penyokong kuat penggunaan Bahasa Melayu sbg Bahasa Rasmi dan antara tonggak yg membantu dlm penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pd 1968. Bersama-sama Usman Awang dan Keris Mas, beliau menjadi pengasas Angkatan Sasterawan 50(Asas 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional(Pena) di Kuala Lumpur. Pd thn 1971, Pak Samad dilantik sbg ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan dan beliau terpilih utk menerima Anugerah Ramon Magsaysay pd thn 1974.

Atas jasa dan sumbangan belia yg tidak ternilai terhadap bidang kewartawanan dan penulisan, pelbagai pengiktirafan dan anugerah telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada Pak Samad. pd 1976, Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang Sastera, sementara pd 1987, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara Institut Akhbar Malaysia(IAM) memberikannya gelaran Tokoh Wartawan Negara. Pak Samad dilantik sbg Karyawan Tamu selama 2 thn di UKM(1991-1993) dan dianugerahi darjah kebesaran oleh yg Dipertuan Agong yg membawa gelaran Tan Sri. Pak Samad kembali ke rahmatullah pd tanggal 4 September 2008, di Pusat Perubatan Pantai ketika berusia 84 thn. Legasi yg beliau tinggalkan kepada bidang penulisan dan kewartawanan Melayu akan terus dipertahankan oleh generasi muda negara.   
Loading...

Tags: #Abdul #Ismail #Samad

author
Author: 
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya

    Leave a reply "Tan Sri Abdul Samad Ismail"