
Kuih talam keladi ada dua versi, Satu talam dua lapis yg popular di kalangan masyarakat Melayu dan satu lagi talam keladi berlauk yg juga terkenal di kalangan Cina. Talam keladi berlauk dikenali juga sbg Woo Tau Goo atau Taro Cake yg bermaksud kek keladi.
Talam keladi berlauk ada tambahan udang kering, minyak bijan dan juga kacang tumbuk yg membuatkan talam ini sungguh istimewa. Ada mcm-macam versi kuih talam berlauk ni, ada juga yg meletakkan kicap dan menambahkanan daging cincang atau ayam cincang di samping udang kering.
Resipi talam keladi berlauk ala Cina ni adalah olahan semula oleh Fatimah Jasmin dlm lamannya patsykitchen.blogspot.com dr resipi asal hanieliza.blogspot.com
Ikut citarasa masing-masing, cubalah….
1. TALAM KELADI BERLAUK (Ala Cina)

Foto : patsykitchen.blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung gandum
- 6 cawan santan | 1 biji kelapa
- 1sudu kecil garam
Bahan B
- 2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan
- 2 sudu besar udang kering
- 4 tangkai cili merah cincang
- 1 pokok daun bawang]
- 1 pokok daun sup | diracik
- 2 sudu besar bawang goreng
Bahan C [hiasan]:
- 3 tangkai cili merah | dicincang
- 1/2 cawan bawang goreng
- 1 pokok daun sup dan daun bawang | diracik
- 2 sudu mkn kacang tumbuk | digoreng tanpa minyak sebelum tumbuk
- 2 sudu mkn udang kering |goreng garing dan dikisar halus (jika suka ala Cina)
- Beberapa titik minyak bijan | jika suka ala Cina
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pengukus dan sapukan minyak pd loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dlm mangkuk.
3. Masukkan bahan B dlm mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dlm loyang yg telah diletakkan dlm kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.
Info : Udang kering direndam dahulu sebelum digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
2. TALAM KELADI MELAYU
Sumber resipi : Chef Asma

Foto : norazlitaaziz.blogspot.com
Resipi dr dapur yatie , sumber asal Chef Asma.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Lapisan Bawah :
- 220 gm tepung beras @ 2 cawan
- 40 gm tepung ubi @ 3 sudu besar
- 1 1/2 sudu teh garam
- 5 sudu besar gula pasir
- 300 ml santan pekat
- 700 ml air
- 250 gm keladi |* lebih sikit pun tak apa – buang kulit, basuh, basuh dgn air garam utk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit. kukus baru timbang
CARA MEMASAK :
1.Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati kecuali keladi
2.Tapis ke dlm periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi
3. Kacau sebentar dan tuang ke dlm loyang 10″ x 10″ x 3″
4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Lapisan Atas
- 150-180 gm tepung gandum @ 1 ½ cawan
- 250 gm gula halus
- 3-5 biji telur
- 250 ml santan
- 500 ml air
- Beberapa titik pewarna ungu
CARA MEMASAK :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dlm periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)
Info tambahan :
Kat bawah ni cara bagaimana Norazlita Aziz seperti yg dikongsikan dr lamannya norazlita.blogspot.com mewarnakan keladi.
Keladi yg telah kita potong kiub tu ita gaulkan dgn pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dgn tepung ubi, gaul rata-rata kemudian ayak.
Semburkan dgn air dan kemudian ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dgn tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus sehingga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat.
Selepas keladi empuk toskan dan rendam dlm air ais. Siap utk di letakkan dlm talam.
Tags: #Berlauk #Cina #KELADI #Melayu #Talam