Takutnya Usia Muda Tapi Ramai Yg Kena Slipped Disc, Doktor Jelas Punca & Cara Rawatannya!

Loading...

slip disc 1 1 - Takutnya Usia Muda Tapi Ramai Yg Kena Slipped Disc, Doktor Jelas Punca & Cara Rawatannya!

Azabnya bila kena slipped disc. Rasa sakit tidak tertanggung, bagaikan lumpuh separuh badan.Sakit pinggang dan bahagian belakang bagai mencucuk-cucuk, serba serbi tak kena dibuatnya.

Agak membimbangkan usia masih muda, namun ramai yg menghidap penyakit ini.Mungkin atas faktor gaya hidup serta jenis rutin aktiviti yg dilakukan setiap hari menyebabkan ia terjadi.

Jemput baca perkongsian ilmu oleh Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar ini mengenai masalah Slipped Disc ini.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya “Pernah dengar pasal Slipped Disc?”

Dia jawab “Masalah tidur (sleep) ke doktor?” 😛

Slipped disc ni makin byk kita jumpa.Boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).

Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dr 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni mcm shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.

Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yg lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dlm nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni mcm jel, lembut.

slip disc 2 - Takutnya Usia Muda Tapi Ramai Yg Kena Slipped Disc, Doktor Jelas Punca & Cara Rawatannya!

Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.

Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan / di himpit. Himpitan saraf ini yg menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pd kaki.

slip disc 3 - Takutnya Usia Muda Tapi Ramai Yg Kena Slipped Disc, Doktor Jelas Punca & Cara Rawatannya!

PUNCA:
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dgn air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat….dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.

Walaubagaimana pun, yg usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara punca nya:

1.Trauma / jatuh / accident
2. Obesiti (berat badan berlebihan bg tekanan pd disc)
3.Kerja / aktiviti yg berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok
4.Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yang akan support tulang belakang)
5.Selalu memandu, terutama jarak jauh. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dr body kereta pd spine, blh beri kesan.

RAWATAN:
1.Tak semua Slipped disc perlu pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.

2.Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan ( inflammation).

3.Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.

4.Hanya dlm kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada byk jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail.Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dgn lanjut.

5.Rawatan alternatif mcm urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan ( temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jagalah kesihatan dan elakkan perkara-perkara yg blh menjadi punca kepada masalah slipped disc ini.

Sumber:Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

The post Takutnya Usia Muda Tapi Ramai Yg Kena Slipped Disc, Doktor Jelas Punca & Cara Rawatannya! appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Cara #Disc #Doktor #Jelas #Kena #Muda #Punca #Ramai #Rawatannya #Slipped #Takutnya #Tapi... #Usia

author
Author: 
    Lagu Negaraku versi Arab: Polis rakam keterangan pihak terlibat
    KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti lokasi klip video tular yg memaparkan
    5 Artis Cantik Ini Pernah Diturunkan di Tengah Jalan, No 4 Gara-Gara Salah Culik Orang!
    slidegossip.com – Bayangan orang-orang tentang kisah hidup artis yg sepertinya selalu terlihat enak
    Puteri Ramli Si Selir Dirut Garuda Bisa Membuat Seorang Atasan Jadi Office Boy!
    slidegossip.com – Sepak terjang Puteri Novitasari Ramli yg disebut-sebut sbg selir alias wanita
    Mirip Lisa Blackpink, Selingkuhan Petinggi Garuda Ini Oplasnya Lebih Berhasil dr Puteri?
    slidegossip.com – Kasus penyelundupan Harley Davidson dan sepeda Brompton yg melibatkan mantan Dirut

    Comments are closed.