Tak Setuju Arahan Tutup Kedai Mkn, Nik Abduh Dan Annuar Disokong Netizens.

Loading...

SOSMED | Arahan penutupan kedai mkn melayu di Kelantan terus menerima kecaman pelbagai pihak. 

Kedai 1 - Tak Setuju Arahan Tutup Kedai Mkn, Nik Abduh Dan Annuar Disokong Netizens.


Arahan penutupan itu pd awalnya tular pd malam 1 Ramadhan, ketika umat Islam menunaikan terawikh kali kedua.

Arahan itu kemudiannya dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan dan menerima reaksi yg pelbagai.

1 1 - Tak Setuju Arahan Tutup Kedai Mkn, Nik Abduh Dan Annuar Disokong Netizens.

2 - Tak Setuju Arahan Tutup Kedai Mkn, Nik Abduh Dan Annuar Disokong Netizens.

3 - Tak Setuju Arahan Tutup Kedai Mkn, Nik Abduh Dan Annuar Disokong Netizens.

4 - Tak Setuju Arahan Tutup Kedai Mkn, Nik Abduh Dan Annuar Disokong Netizens.

Meskipun ada yg menyokong dan tidak menyokong, namun berdasarkan tinjauan di sosmed, lebih ramai yg tidak menyokong arahan penutupan itu.

Antara alasan yg diberikan ialah;

👉 Arahan dibuat tanpa melibatkan pandangan dan suara peniaga

👉 Kenapa hanya sasarkan kedai mkn melayu

👉 Bulan Ramadhan kedai mkn melayu terpaksa bersaing dgn bazar ramadhan, apakah tindakan ini adil?

👉 Terawikh hanyalah solat sunat, arahan itu membayangkan ia perkara wajib.

👉 Pemaksaan dan tekanan ke atas umat Islam

👉 PAS Kelantan adalah Taliban, di Terengganu tiada arahan yg sama dikeluarkan. 

👉 Terawikh tak semestinya dibuat secara berjemaah atau pd masa itu juga.

👉 Kat Mekah, kedai pun tak tutup, adakah PAS cuba paksa orang Islam utk akur pemikiran Islam versi PAS?

👉 Ini baru terawikh, silap-silap hudud pun PAS akan salahguna dan tindas orang lain jika perkara itu menjadi undang-undang suatu masa kelak.

Bagi yg menyokong mereka menyifatkan arahan itu sbg;

👉 Terawikh adalah sunat yg dituntut, maka tindakan kerajaan adalah bagus.

👉 Hanya tutup tak sampai dua jam, rezeki Allah yg bg.

👉 Ramadhan setahun sekali, jangan gila nak mencari duit.

👉 Hak pekerja yg mahu menunaikan terawikh perlu dipertahankan.

👉 Mengimarahkan masjid dan surau, bukanlah perkara jahat.

👉 Apa salahnya bersolat terawikh jemaah dgn ahli keluarga kat masjid, ini merapatkan hubungan kekeluargaan.

👉 Kerajaan nak bg galakan kejar pahala berlipat ganda, tak akan itupun nak marah. 



Menurut Nik Abduh, arahan itu menganggu keberkatan dan  kebenaran bln Ramadhan. Ia sepatutnya ditarikbalik. Kerana tidak mencerminkan apa yg Islam anjurkan.

“Saya ditunjukkan surat arahan ini selepas solat Tarawih tadi. Selepas sahkan kebenarannya, saya dgn ini berharap dan berdoa agar arahan ini ditarik balik.

Ia mengganggu kebenaran dan keberkatan bln Ramadhan yg penuh berkat. Rezeki yg halal dan baik di bln Ramadhan wajar digalakkan, bukan dihalang.

Pada bln penuh kelebihan ini, umat Islam adalah digalakkan menguruskan masa masing-masing dgn bijak dan berhikmah utk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah al Rasul صلى الله عليه وسلم.

“Barang siapa yg diharamkan oleh Allah dgn keberkatan dan kelebihan di bln Ramadhan, maka sesungguhnya dia telah diharamkan drpada segala kebaikan.” – Maksud hadis al Rasul,” katanya di Facebook pd isnin. 

Annuar Musa yg juga mengkritik arahan itu berkata, kerajaan perlu mengkaji semula arahan itu kerana ia mendatangkan masalah buat para peniaga tambahan pula tiada asas yg kukuh.

Kata lagi, malahan di Mekah, tak pernah larangan sedemikian dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Arahan Pentadbiran yg dikeluarkan oleh SU Kjaan Kelantan supaya semua restoran dan kedai mkn di tutup dr jam 8.30-10.00 malam adalah tidak perlu dan patut dikaji semula..

Ia bukan saja menimbulkan kerumitan dan masalah kepada para peniaga tapi ianya juga tidak mempunyai asas yg kukuh..

Ibadat tarawih adalah sunat dan tidak semestinya dilakukan antara pukul 8.30-10.00 malam..

Keperluan mkat utk mkn di sebelah malam pula berbagai bagai mengikut keselesaan masing masing..

Di Makkah dan Madinah pun tidak di tutup restoran atau kedai mkn sewaktu jemaah melakukan solat sunat terawih atau Qiamullail

Saya percaya pihak pentadbiran negeri Kelantan bersedia mengkaji semula perkara ini.. Wallahuaklam,” katanya dlm satu kenyataan di Facebook. – 8 Mei 2019.

Loading...

Tags: #Abduh #Annuar #Arahan #Disokong #kedai #Netizens #setuju #tutup

author
Author: 
    Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam
    KETAHUI HAK ANDA! Sekiranya anda adalah penjawat awam, tahukah anda bahawa kerajaan memperuntukkan
    90% sekolah daif di seluruh negara sudah dibaik pulih – Maszlee
    Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah daif yg diisytiharkan tidak
    16 Sentence Examples To Help Weak Pupils To Write Pertaining To The BM Word – “ADA”
    Malaysian English Teacher…hopefully these will help.. Every time our pupils begin to write,
    Dipastikan Menikah Hari Ini, Richard Kevin Sudah Pindah Agama Sebelum Nikahi Cut Tari?
    slidegossip.com – Pasangan artis Cut Tari dan Richard Kevin sudah dipastikan akan melangsungkan

    Comments are closed.