Tak mampu beli, budak reka jersi Messi 10 guna beg plastik


Little Messi


messi2 - Tak mampu beli, budak reka jersi Messi 10 guna beg plastik



AFGHANISTAN – Viral di media sosial rakaman gambar seorang kanak-kanak lelaki yg memakai baju ala-ala jersi bintang bolasepak Argentina, Lionel Messi yg diperbuat drpada beg plastik.

Memetik laporan NDTV, kanak-kanak itu dikenali sbg Murtaza Ahmadi dan berasal dr wilayah Ghazni, Afghanistan.

Dia dikatakan seorang peminat setia Messi.

Murtaza yg berusia lima thn itu digambarkan memakai baju berjalur biru dan putih yg diperbuat drpada beg plastik dgn nama serta nombor Messi tertera di belakang ‘jersi’ berkenaan.

ScreenBShotB2017 05 24BatB12.09.54Bam 17 - Tak mampu beli, budak reka jersi Messi 10 guna beg plastik


Menurut BCC Trending pula, bapa saudara Murtaza, Azam Ahmadi, yg menetap di Australia mendakwa kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya yg tinggal di kawasan luar bandar di daerah Jaghori di wilayah Ghazni.

Azim turut menghubungi bapa kanak-kanak berkenaan, Arif, yg kemudiannya mengesahkan bahawa Murtaza adalah kanak-kanak yg sedang dicari oleh netizen di media sosial.

Messi


Menurut Arif, mereka tidak mampu utk membeli sehelai jersi pasukan Argentina bagi Murtaza, maka dia bertindak utk membuat sendiri jersi tersebut dgn menggunakan beg plastik. 



“Murtaza benar-benar meminati Messi dan bola sepak.

“Saya hanya seorang petani. Tidak mungkin saya dapat membeli jersi Argentina bagi Murtaza, saya tidak mampu.

“Oleh itu, dia membuat keputusan utk mereka jersi sendiri dgn menggunakan beg plastik,” kata Arif seperti yg dipetik NDTV.

Tambah Arif, Murtaza memberitahu dia berharap agar dapat berjumpa idolanya itu suatu hari nanti.

Malah, dia juga berhasrat utk menjadi seorang pemain bola sepak yg terkenal seperti lagenda Barcelona itu.

Loading...

Tags: #Beli #Budak #Guna #jersi #Mampu #Messi #plastik #reka

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Tak mampu beli, budak reka jersi Messi 10 guna beg plastik"