Tahukah anda mengapa masjid ini dinamakan Masjidil Haram ?

Loading...

x 7 - Tahukah anda mengapa masjid ini dinamakan Masjidil Haram ?

Masjidil Haram adalah sebuah masjid di kota Mekah, yg dipandang sbg tempat tersuci bg umat Islam. Masjid ini juga merupakan tujuan utama dlm ibadah haji. Masjid ini dibina mengelilingi Kaabah, yg menjadi arah kiblat bg umat Islam dlm mengerjakan ibadah Solat. Masjid ini juga merupakan masjid terbesar di dunia.

Berkaitan dgn Masjidil Haram, tahukah anda mengapa masjid ini dinamakan Masjidil Haram?

Masjidil Haram dlm bahasa Arab: المسجد الحرام artinya masjid yg mempunyai tanah haram. Kenapa dinamakan tanah haram, para ulama mengatakan kerana di dlm tanah itu berlaku berbagai ketentuan yg mengharamkan kita melakukan pelbagai perkara, seperti memburu, mengangkat senjata, mematahkan tumbuhan dan seterusnya, termasuk juga haram utk dimasuki oleh kafir.

Berikut alasan disebut tanah haram:

1. Haram Dimasuki Orang Kafir

Dasar larangan bg orang non muslim utk memasuki wilayah al-haram di Makkah Al-Mukarramah adalah sebuah firman Allah SWT di dlm surat At-Taubah.

“Hai orang-orang yg beriman, sesungguhnya orang-orang yg musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah thn ini,” (QS. At-Taubah: 28)

Kenajisan orang musyrik ini memang bukan najis ‘aini, sehingga jasad orang musyrik pd dasarnya tetap suci, bahkan bekas minum mereka pun tidak najis. Namun kenajisan mereka adalah najis secara maknawi.

2. Batas Tanah Haram

Sedangkan batas tanah haram yg berlaku semua ketentuan mengenai tanah haram itu adalah batas miqat mkni sbgmana yg berlaku buat jamaah haji. Maka para batas-batas miqat itulah seorang non muslim sudah tidak blh lagi masuk ke dlmnya.

Di sebelah timur ada Dzatu ‘Irqin, yaitu batas orang yg masuk dr arah negeri Iraq. Beralih ke Selatan masih di timur ada Qarnul Manazil. Paling selatan, iaitu dr arah negeri Yaman, ada Yalamlam. Sedangkan dr arah utara, beberapa kilometer dr Kota Madinah, ada Bi’ru Ali, atau disebut juga dgn Dzil Hilaifah. Di sebelah Barat ada Juhfah atau disebut juga Rabigh. Maka kota Makkah seluruhnya tentu saja termasuk kawasan tanah haram. Artinya, orang kafir tidak blh masuk wilayah ini.

3. Syarat Berkaitan dgn Wilayah Al-Haram

Selain tidak blh dimasuki oleh non muslim, tanah Al-Haram di Makkah juga mempunyai ketentuan-ketentuan lainnya, antara lain:

1. Solat di wilayah Al-Haram Makkah akan dibalas dgn pahala yg berlipat ganda, iaitu 100,000 kali. Hal itu sbgmana yg ditetapkan oleh Bgnda Rasulullah SAW:

Dari Jabir radhiallahu’anhu sesunggunya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Solat di masjidku, lebih utama seribu kali (berbanding) shalat di selainnya kecuali Masjidil haram. Dan sembahyang di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu (berbanding) shalat di selainnya. “(HR. Ahmad dan Ibnu Majah, no. 1406. Hadits dishahihkan oleh Al-Mundziri dan Al-Bushoiry. Al-Albany berkata:” Sanadnya shahih sesuai syarat Bukhari dan Muslim, Irwaul Ghalil, 4/146).

2. Tidak ada larangan utk melakukan solat pd bila-bila pun, bahkan termasuk pd waktu-waktu yg sebenarnya haram utk melakukan solat. Seperti pd saat matahari terbit, terbenam atau pas di atas kepala. Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Daripada Jubair bin Muth’im bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Wahai Bani Abdi Manaf [1], janganlah kalian melarang seoranpun yg akan thawaf (mengelilingi tujuh kali) sekitar Ka’bah, dan seorang yg akan menunaikan solat pd waktu malam atau siang , “(HR Abu Daud dan Nasa’i, dan Tirmidzi dan Ibnu Majah dan di shahihkan al-Albani).

3. Haram Membawa Senjata

Di tanah Haram Makkah, haram hukumnya membawa senjata. Sbgmana sabda Rasulullah SAW:

Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahuanhu, ia berkata: saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Tidak dibenarkan bg kalian membawa senjata [2] di Makkah,” (HR Muslim).

4. Haram Menumpahkan Darah (Pembunuhan) dan Mematahkan Tumbuhan

“… .maka Sejak itu (negeri Makkah) haram dgn keharaman Allah sehingga hari kiamat, duri-durinya tidak blh dipatahkan, binatang buruannya tidak blh di usir (diganggu), barang yg jatuh di Makkah tidak blh diambil, kecuali utk mencari (pemiliknya) , tumbuh-tumbuhannya tidak blh ditebang … .., “(HR Bukhari dan Muslim)

Seluruh umat islam diperintah utk memalingkan wajahnya dan hatinya kearah masjidil haram di mana-mana berada, hal ini di perkuat dgn surah al-Baqarah ayat 149 dan 150. Perintah ini hampir sama darjatnya dgn perintah Allah yg lain seperti hal melakukan solat, zakat, puasa, haji sbg wujud hati yg terikat dan ingat kepada Allah dlm segala hal duniawi ini.

Sebagaimana dlm firman Allah SWT berikut ini:

“Dan dr mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yg hak dr Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dr apa yg kamu kerjakan, “(QS.al-Baqarah: 149)

“Dan dr mana saja kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bg manusia atas kamu, kecuali orang-orang yg zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja). Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk, “(QS.al-Baqarah: 150) [3]

Keterangan:

[1] Rasulullah mengkhususkan sabdanya ini kepada Bani Abdi Manaf kerana beliau mengetahui bahawa pemerintahan dan kekuasaan di Makkah kembali pd mereka, kerana mereka adalah pemimpin-pemimpin Makkah, dan urusan-urusan dlm haji (menjamu jemaah haji dgn memberikan minum, mknan, keselamatan) mereka yg melakukannya. (Kitab Tuhfatul Ahwadzi bi Syarh Jami Tirmizi, cetakan Daarul Fikr th 1995 M – 1415 H, hal 531 juz 3, pen).

[2] Larangan ini jika tidak ada hajat keperluan membawa senjata, jika ada hajatnya maka dibenarkan. (Syarh Shahih Muslim Imam Nawawi, hal 130-131, juz 9 jilid ke 5 cetakan Daarul fikr, pen).

[3] Dlm suatu riwayat dikemukakan bahwa turunnya ayat ini (S. 2: 150) sehubungan dgn peristiwa berikut: Ketika Nabi SAW memindahkan arah kiblat dr Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: “Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Ia memindahkan arah qiblatnya ke arah qiblat kita. Ia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar drpada jalannya. Dan ia sudah hamir masuk agama kita. “(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yg bersumber dr as-Suddi melalui sanad-sanadnya.

Loading...

Tags: #anda #dinamakan #Haram #Masjid #Masjidil #Mengapa #Tahukah

author
Author: 
    Jom Cuti Sekolah Bersama Captain Quack & Friends Di Sunway Lagoon
    Hi semua.. Dah masuk cuti sekolah kan mesti tengah planning nak bawa anak-anak
    Sindir Artis yg Suka Pamer Isi ATM? Tamara Bleszynski: Receh, Sangat Memalukan!
    slidegossip.com – Belakangan ini byk artis-artis yg ikut-ikutan membongkar isi saldo di ATM
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah

    Leave a reply "Tahukah anda mengapa masjid ini dinamakan Masjidil Haram ?"